Haa sudah beberapa hari Abang Brian kongsikan makanan sempena dengan Tahun Baru Cina kan? Jadi entri kali ini Abang Brian akan kongsikan makanan Melayu pula.

Disebabkan Abang Brian rindu dengan kampung di Batu Pahat, Johor, jadi Abang Brian akan kongsikan antara resipi masakan Melayu yang Abang Brian suka sangat-sangat iaitu AYAM MASAK MERAH.

Jom kita tengok antara bahan yang diperlukan dan cara penyediaan. Siapa kata susah? Haaa silap! Senang je tau nak masak AYAM MASAK MERAH ni!

Bahan yang diperlukan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 serai, dititik
  • 250 ml airĀ 
  • 3 biji tomato – belah 4
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Minyak utk menumis

Bahan bahan yang perlu dikisar halus:

  • 2 biji bawang besar
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 15 tangkai cili kering direndam dalam air panas untuk 15 mins

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan serai.
  2. Masukkan bahan kisaran dan masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan bahan lain
  4. Renehkan sehingga masak sepenuhnya. Tambahkan air sekiranya terlalu kering (Abang Brian suka masukkan sikit stok ayam buatan sendiri)
  5. Ubah rasa.
  6. Sedia dihidangkan dengan nasi panas!