Telur masin merupakan antara bahan makanan tambahan di kala waktu makan. Penambah rasa orang kata.

Telur masin mengandungi kandungan mineral  dan kalsiumnya dua kali ganda selepas proses pengawetannya.

Jika anda mempunyai banyak telur itik, apa kata anda ikut tiga langkah mudah ini untuk membuat sendiri telur masin?

  1. Rendam dengan air garam. Caranya mudah sahaja,  sediakan air dalam bekas dan campurkan dengan garam, kemudian masukkan telur yang telah dibersihkan. Rendam sekurang-kurangnya 10 hari.
  2. Balutkan dengan garam. Campurkan garam dengan sedikit air, kemudian balutkan pada keseluruhan permukaan telur. Masukkan dalam bekas dan simpan selama 4-5hari sebelum telur sedia dimakan.
  3. Balutkan dengan serbuk arang kayu, tanah liat dan garam. Caranya, gaulkan serbuk arang bersama tanah liat dan garam dengan nisbah 2:2:3.  Tambahkan sendikit air dan gaul rata. Setelah siap, balutkan campuran ini pada permukaan telur dengan ketebalan 1cm. Simpan selama 7-15 hari.

Sumber: rasa.my & google (gambar)