Dapur bersih menjanjikan hidangan yang sihat. Betul bukan?

Dapur yang kotor boleh menjadi sarang penyakit yang berbahaya. Kotoran seperti sisa makanan yang tertumpah pada bahagian dinding, lantai, kabinet yang terus dibiarkan tanpa pembersihan lama kelamaan akan membusuk.

Di situlah habitat perkembangan kuman dan bakteria. Malah, haiwan seperti lalat, tikus, lipas dan sebagainya akan tertarik ke kawasan berkenaan dan menyebabkan timbunya pelbagai penyakit.

Tahap kesihatan keluarga akan terjejas melalui hidangan yang disediakan daripada ruang dapur yang kotor. Untuk menghindari semua ini daripada terjadi, anda harus segera memastikan ruang dapur sentiasa bersih. Ini kerana dapur yang bersih dapat menjamin hidangan yang disajikan selamat dimakan dan sihat untuk ahli keluarga.

Jom tengok langkah mudah bagi memastikan dapur anda sentiasa bersih.

1. Bersihkan selalu dapur memasak

2. Bersihkan alatan memasak selepas menggunakannya

3. Bersihkan bekas menyimpan ramuan masakan secara berkala

4. Pastikan ruang kabinet dapur sentiasa bersih

5. Pastikan ruang dapur terang dan kering

 

Sumber: impiana.my & Google (gambar)