Tip Mudah Lagi Praktikal Hilangkan Bau Kurang Enak Pada Bekas Makanan
Pernah tak mengalami situasi dimana selepas mencuci bekas makanan atau ‘tupperware’ tu, bau kurang enak masih tak hilang? Puas dah tenyeh dengan bahan pencuci pinggan tapi tetap tak hilang.
Dengan beberapa bahan semulajadi ini, pasti bekas makanan anda berbau wangi kembali!
SURAT KHABAR
Gunakan surat khabar lama yang telah diramas dan direnyukkan. Sumbat ke dalam bekas makanan yang kering dan telah dicuci. Tutup penutupnya dan biarkan semalaman. Jangan lupa cuci dan bilas sedikit bekas tersebut sebelum menggunakannya.
PERAHAN LIMAU NIPIS/LEMON
Perahkan limau nipis atau lemon dan gosokkan limau berkenaan ke seluruh bahagian dalaman bekas tupperware. Biarkan sebentar sekitar 2-3 minit dan bilas semula dengan air bersih. Lemon bukan sahaja membantu menghilangkan bau tetapi juga boleh digunakan bersama garam untuk menghilangkan kotoran degil yang masih tersisa.
SERBUK TEH
Teh adalah salah satu bahan semulajadi yang mampu menyerap aroma dengan pantas. Anda boleh menggunakan serbuk teh yang telah digunakkan atau belum. Setelah bekas dicuci, letakkan uncang teh ini dan tutup bekasnya hingga bau kurang enak itu hilang.
GARAM
Selepas mencuci bekas makanan, taburkan secubit garam ke dalamnya. Tutupkan bekas dan biarkan selama 1-2 jam. Garam akan bertindak secara semulajadi menyah bau makanan atau minuman yang masih tertinggal.
BAKING SODA
Cara yang paling berkesan dan mudah. Hanya campurkan soda dengan air suam, kemudian gosokkan pada bahagian dalam bekas makanan yang berbau. Biarkan seketika dan bilas. Jika masih berbau, biarkan ia terendam dalam larutan soda penaik dengan lebih lama, iaitu lebih kurang semalaman.
CUKA
Cuka juga adalah egen pencuci semulajadi yang efektif. Setelah mencuci bekas makanan atau minuman anda dengan sabun pencuci, tuangkan cuka ke dalam bekas dan biarkan selama lebih kurang 3 minit untuk menghilangkan bau kurang enak. Kemudian, buang cuka dan bilas semula dengan sabun dan bilas dengan air.
JEMUR TENGAH PANAS
Cara yang paling mudah! Jemurkan bekas makanan yang telah dicuci tadi di bawah sinaran matahari. Tiada lagi bau yang melekat di dalamnya.
Sumber: impiana.my & google (gambar)

