Tip Pilih Ikan Pari Segar Dan Hilangkan Bau Hancingnya
Ikan pari adalah jenis ikan yang biasa kita jumpa dan sesuai dimasak dengan pelbagai cara. Biasanya ia enak dimasak asam pedas dan dibakar. Tahukah anda cara-cara untuk memilih ikan pari dan cara-cara mengatasi bau hancing ikan ini? Jom cuba tip berikut.
Cara memilih ikan pari:
- Semasa memilih ikan, pastikan isi ikan pari berwarna cerah dan tidak gelap. Oleh itu untuk mengenalpasti tahap kesegarannya adalah dengan cara tekan badan ikan dan pastikan ia mempunyai tekstur pejal serta tidak lembik.
- Hidu ikan-ikan tersebut sama ada berbau hancing atau tidak. Sebaiknya, pilih ikan yang tidak berbau hancing kerana ia memudahkan proses memasak.
Jika ikan Pari yang anda beli berbau hancing, jangan dibuang kerana ia masih boleh dimasak dan dinikmati tanpa membantutkan selera. Apa yang anda perlukan ialah:
Bahan yang diperlukan:
- Ikan pari
- Asam jawa
- Air
Caranya:
- Bersihkan ikan pari. Buang perut dan organ-organ dalamannya. Bilas hingga bersih.
- Lumur asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ratakan dan perap selama 20 minit.
- Bilas menggunakan air bersih dan toskan.
- Sedia untuk dimasak mengikut citarasa anda.

