Peria memang terkenal dengan rasanya yang pahit. Bahkan hanya mendengar namanya sahaja akan membuatkan kita terasa kepahitannya. Tahu tak sebenarnya, nikmatnya buah peria di rasa pahitnya itu lah. Tetapi ramai yang tidak suka disebabkan rasa pahit itu. Sayur peria biasanya akan dimasak melalui pelbagai jenis masakan yang kena dengan rasa pahit sayuran tersebut. Buat mereka yang ingin merasakan kenikmatan sayur peria tetapi tidak ingin merasakan pahitnya peria tersebut, ini kami kongsikan cara yang sudah digunakan sejak dulu lagi bagi menghilangkan rasa pahit pada peria.

1. GARAM

Garam merupakan bahan dapur yang boleh mengatasi rasa pahit pada sayuran termasuklah peria. Bagaimana caranya? Potong peria kepada dua bahagian dan buang bijinya serta bersihkan selaput yang terdapat di bahagian dalamnya. Kemudian, hiris nipis peria tersebut. Tabur dan sebatikan garam secukupnya pada potongan peria tadi. Biarkan selama 15 minit dan cuci sehingga bersih menggunakan air yang mengalir. Peria tadi sudah sedia di masak mengikut selera anda. Anda juga boleh merebus sehingga empuk sayur peria tersebut dengan air yang ditambah garam. Setelah tapiskan air rebusan berkenaan, anda boleh mula memasak mengikut citarasa anda.

2. GULA PASIR 

Cara menggunakan gula pasir tidak jauh berbeza dengan menggunakan garam. Gaulkan peria dengan gula pasir. Cara ini akan menghilangkan rasa pahit peria itu.

3. TANAH LIAT 

Jangan tak tahu. Tanah liat bukan sahaja digunakan untuk membuat bangunan atau barang-barang tertentu. Malah tanah liat juga boleh menghilangkan rasa pahit sayur peria. Anda harus merevus peria dengan tanah liat yang sudah dibersihkan. Anda boleh mendapatkan tanah liat ini di pasar-pasar.

4. DAUN JAMBU BIJI 

Merebus peria dengan daun jambu biji akan membantu menghilangkan rasa pahit pada peria. Gaulkan terlebih dahulu peria tersebut dengan daun jambu biki sebelum rebus sekurang-kurangnya lima minit atau sampai peria setengah matang.

 

Sumber: selerarasa.com & Google (gambar)