Tips Memilih Kaca Mata Mengikut Bentuk Muka
Setiap insan yang lahir di muka bumi ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Sama juga dengan bentuk muka anda. Kepada mereka yang mempunyai masalah penglihatan, anda pasti memerlukan kaca mata untuk mengatasi masalah itu.
Jom Abang Brian belanja tips untuk memilih kaca mata yang bersesuaian mengikut bentuk muka anda. Zaman sekarang ini ramai yang suk memakai kaca mata besar walaupun bentuk muka mereka kecil.
Bentuk Muka Bulat
Untuk bentuk muka yang bulat, sila pilih bingkai yang agak bersegi. Bingkai kaca mata yang bersegi dapat melembutkan garisan bulat yang ada pada sekeliling wajah anda. Disamping itu, ia juga dapat memberi ilusi seolah wajah anda lebih tirus dan runcing. Elakkan memakai bingkai yang juga berbentuk bulat atau bujur!
Bentuk Muka Segi Empat
Khas untuk mereka yang mempunyai raut wajah bersegi, bingkai kaca mata yang berbentuk lebih bulat atau bujur adalah pilihan yang sepadan untuk anda. Anda juga boleh memakai bingkat kaca mata berbentuk mata kucing yang digelar ‘cat eye’ !
Bentuk Muka Seperti Hati
Bentuk muka seperti hati adalah mereka yang mempunyai ruang dahi lebih luas manakala dagu yang agak runcing dan bersaiz kecil. Apabila bentuk muka mereka dilihat secara terbalik pula, ia seolah menyerupai segi tiga. Jika anda rasa anda adalah salah seorang yang mempunyai wajah berbentuk hati, cuba gayakan bingkai cermin mata yang lebih ringkas dan tidak serabut kerana bahagian atas muka anda sudah cukup luas. Cermin mata tanpa bingkai atau berbentuk rama-rama mirip ‘cat eye’ adalah yang terbaik.
Bentuk Muka Bujur Sirih
Sesiapa yang mempunyai raut wajah berbentuk bujur sirih, anda tersangatlah beruntung. Anda bisa menggayakan hampir kesemua rekaan dan bentuk bingkai kaca mata yang ada dipasaran kerana bentuk wajah anda yang begitu rapi dan seimbang.
Untuk lebih kesempurnaan, cari bingkai kaca mata yang sama lebar dengan bentuk wajah anda. Tetapi, elakkan memakai bingkai yang terlalu besar dari wajah anda. Periksa jika mata anda berada betul-betul ditengah cermin ketika anda memakai kaca mata.
Sumber : Wanista





