Trik Barang Dapur Yang Anda Perlu Tahu
Disebabkan sekarang ramai yang kurang memasak kerana kesibukan bekerja, barangan dapur yang tidak digunakan akan dibuang dan berlaku pembaziran.
Ikuti tip mudah ini yang akan membantu anda berjimat dan mengurangkan masa mencuba dan mencari barangan dapur tersebut.
1. Elak pisang dari busuk
Pisang merupakan buah yang perlu ada di rumah sebagai snek yang dimakan on-the-go. Tetapi kelemahan buah pisang ini adalah ia cepat masak dan busuk. Tahukah anda pisang lebih cepat masak apabila mereka rapat antara satu sama lain?
Jadi asing mereka dengan meletakkan setiap satu ke dalam kertas atau kotak yang memiliki sudut simpanan asing-asing. Atau boleh cuba cara yang lebih mudah iaitu dengan membalut sahaja bahagian atas potongan tandannya dengan plastik atau kertas. Ini akan memperlahankan proses ranumnya dan pisang anda akan bertahan lebih lama.
2. Pembalut plastik tanpa statik
Selalu mengalami situasi hendak membalut makanan tetapi pembalut plastik anda membuat hal dengan melekat dan berstatik.? Sangat leceh bukan? Cara nak mengatasinya adalah dengan meletakkan sahaja pembalut ini ke dalam peti ais. Ia bukan sahaja mengurangkan statik, malah memudahkan anda untuk menarik dan menanggalkannya.
3. Tutup makanan dengan shower cap
Tidak perlu lagi anda menggunakan segala jenis pinggan untuk menutup mangkuk makanan anda. Ia mungkin kedengaran pelik tetapi kebanyakkan shower cap muat dengan mangkuk saiz biasa. Pastikan ianya baru dan belum digunakan tau!
4. Buka jar dengan lebih mudah
Sesetengah jar kaca sangat sukar untuk dibuka. Sama ada ianya terlalu ketat, licin atau tangan kita tidak cukup kuat, semua ini boleh melambatkan kerja kita.
Cara nak mengatasinya adalah dengan letakkan sahaja gelang getah pada bahagian penutupnya. Ini akan memberikan anda lebih daya tarikan untuk membukanya. Jika masih lagi tidak boleh, gunakan tuala untuk membantu.
5. Lembutkan mentega dengan cepat
Pening bila terpaksa menunggu mentega untuk lembut. Yelah, mentega bukan mudah untuk dilembutkan apabila baru-baru keluar dari peti ais danbukan kita mempunyai masa satu jam untuk menunggunya lembut.
Ada dua cara untuk melembutkan mentega dengan cepat. Grate atau sagat mentega anda atau masukkan mentega ke dalam plastik dan ratakan dengan penggelek untuk mengurangkan saiz permukaannya dan mempercepatkan proses melembut.
6. Kebakaran dapur
Kita pasti mahu elakkan perkara ini dari berlaku. Sekiranya Semestinya kita tidak mahu perkara ini berlaku tetapi jika berlaku juga anda boleh padamkan api kecil ini dengan menggunakan baking soda. Baking soda yang di campak ke dalam api akan membebaskan karbon dioksida. Api memerlukan oksigen untuk membakar jadi kehadiran karbon dioksida akan membantut pembesarannya. Selepas ini jika kuali atau periuk anda terbakar sedikit, campak sahaja baking soda. Ingat! Hati-hati!