5 Jenis Pekerjaan Yang Anda Tidak Tahu Ia Wujud
Sekarang ini, ada pelbagai cara yang boleh dibuat bagi mendapatka duit untuk kegunaan harian. Jika anda mempunyai keparakaran yang pelik-pelik, mungkin ada organisasi yang memerlukan skil anda. Dalam banyak-banyak jenis pekerjaan yang ada di dunia ini, ada juga jenis pekerjaan yang anda tidak terfikir langsung ianya wujud.
TUKANG TIDUR PROFESIONAL
Ia nampak tidak logik tetapi ya, anda dibayar untuk tidur. Tukang tidur profesional diperlukan oleh pengkaji tidur dan doktor yang boleh membantu mereka melengkapkan kajian mereka. Malah, hotel-hotel ternama dan mewah juga akan mengupah tukang tidur profesional untuk menguji sejauh mana keselesaan kamar tidur mereka.
SEAT FILLER
Majlis-majlis seperti majlis anugerah di luar negara misalnya, mereka memerlukan seat filler atau sukaelawan yang diperlukan untuk mengisi tempat duduk kosong. Seperti contoh, jika ada selebriti yang mahu ke tandas atau keluar menghisap rokok, sukarelawan ini akan diminta duduk di tempat kosong tersebuy. Ini bagi menampakkan tempat duduk itu penuh apabila kamera melintasi sudut tersebut. Pekerjaan ini mungkin tidak ternama tapi anda berpeluang mendekatkan diri dengan orang-orang ternama.
CELEBRITY STAND IN
Celebrity stand-in ini diupah apabila mana-mana iklan atau filem yang dibuat hanya menampakkan susuk tubuh selebriti daripada belakang, sisi ataupun depan. Selebriti sangat sibuk dan adakalanya hanya beberapa adegan sahaja yang menampilkan selebriti sebenar, yang lain hanya stand-in.
SAINTIS MAKANAN
Buat mereka yang pakar dalam merasa makanan, kamu mungkin diperlukan bagi mengisi kekosongan pekerjaan ini. Tugas kamu hanya perlu merasa dan menilai makanan. Biasanya saintis makanan ini mempunyai jenis makan yang lebih spesifik misalnya untuk pakar merasa aiskrim hanya akan menguji rasa aiskrim sahaja. Nampak senang tugas sebagai saintis makanan ini tetapi kamu juga memerlukan deria rasa yang hebat dan memahami selok-belok penyediaan makanan.
PENGAPIT PROFESIONAL
Benat, kerjaya ini wujud di luar negara. Mereka akan diupah untuk mengiringi pengantin dan juga menenangkan perasaan gemuruh pengantin. Pengapit profesional ini juga perlu menemani pengantin apabila diperlukan dan tugas lain bergantung kepada pakej yang diambil.
Sumber: eh.com.my

