Tahu tak, sebaik sahaja anda bangun dari tidur pada waktu pagi ia merupakan penentu untuk segala-galanya termasuklah kesihatan berat badan.

Jom kita tengok antara perkara yang selalu anda lakukan tanpa sengaja selepas anda bangun dari tidur dan benda itu akan memberi kesan pada berat badan anda.

  1. Jika anda tidur melebihi daripada 10 jam sehari, ia akan menambahkan berat badan anda kerana BMI akan menjadi lebih tinggi. Tidur yang tidak cukup juga tidak bagus untuk badan anda kerana ia akan merosakkan metabolisme badan. So, pastikan tidur anda hanya cukup 7-8 jam sahaja tau!
  2. Sebaik sahaja anda bangun dari tidur, sila rajinkan diri untuk membersihkan tempat tidur anda, lipat selimut dan susun bantal dengan rapi. Menurut laporan dari National Sleep Foundation di US, jika katil anda bersih dan tersusun rapi ia dapat membuatkan tidur anda menjadi lebih berkualiti. Tidur yang cukup dan berkualiti dapat membuatkan BMI seseorang itu lebih rendah dan jauh dari penyakit obesiti.
  3. Ada beberapa survey yang dilakukan oleh University of Missouri-Columbia menekankan supaya makan makanan yang kaya dengan protein ketika bersarapan kerana ia dapat membuatkan anda kenyang lebih lama.
  4. Jangan elak dari terkena sinaran matahari selepas bangun dari tidur kerana sinarannya sangat bagus untuk membuat tubuh anda menjadi lebih langsing. Nampak tak kebaikan alam semulajadi?
  5. Rajinkan untuk timbang berat badan setiap pagi supaya anda lebih memotivasikan diri untuk menjaga berat badan.

So, tunggu apa lagi? Ubah apa yang anda selalu lakukan tanpa sedar ketika baru bangun dari tidur jika anda menginginkan berat badan yang ideal.

Sumber : Vemale