6 Bahan Semula Jadi Untuk Tenangkan Minda
Kesibukan seharian di tempat kerja pasti membuatkan anda berasa serabut dan tiada mood. Apa kata anda letak segala masalah yang sedang anda alami itu ke tepi dan cuba tenangkan minda anda sebentar.
Jangan terlalu beremosi atau serabut sehingga ia boleh menjejaskan kesihatan anda. Tiada gunanya jika anda terus memikirkannya.
Jom kita tengok antara bahan semulajadi yang boleh membantu anda untuk menenangkan minda anda. Antaranya:
- Minyak Mawar
Aroma meledaknya seolah mengkhayalkan dan buat anda lupa tentang kerja dan tekanan. Tuangkan sedikit ke dalam air mandian, pastikan anda lurut seluruh tubuh dan rambut juga, selepas itu biar aromanya menenangkan anda. Manfaatnya pada kulit juga hebat. Beberapa titisan sahaja mampu melembapkan kulit yang kering dan meredakan keradangan kulit.
- Kelapa
Bayangkan efeknya bila anda makan nasi lemak atau masak lemak. Nak buka mata pun susah lepas itu, kan? There is something comforting tentang bau kelapa, ia mewah dan buat anda selesa. Minyak atau santan kelapa juga telah digunakan dari dulu lagi untuk merawat kekeringan.
- Lavender
Semua orang tahu aroma lavender sangat sesuai untuk merangsang lena dan buat anda bertenang. Tak kira dalam bentuk apa, efeknya sama. Hirup secawan teh lavender, pasangkan lilin dengan aroma bunga ini, semburkan bantal dan tilam malah seluruh bilik tidur anda agar lebih cepat dibuai mimpi.
- Sitrus
Aroma yang boleh meningkatkan mood dan kembalikan semangat anda. Daripada rasa nak marah, mungkin bertukar gembira. Aroma sitrus akan bantu anda fokus semula jadi jika selepas semua kekusutan di tempat kerja tadi, anda belum mahu mengalah pada katil sebaliknya ingin lepaskan tension di luar, bangkitkan semula deria anda dengan sitrus! Ia juga boleh membantu kulit tampak kembali segar!
- Pudina
Ada kajian menunjukkan aroma segar pudina boleh melegakan sakit kepala akibat tekanan. Urut sedikit pada dahi, atau hidu aromanya. Hirup secawan teh pudina untuk menenangkan tubuh dan minda.
- Chamomile
Siapa yang tak tahu kehebatan Chamomile dapat membantu anda rasa mengantuk dan tidur lebih lena? Aromanya mampu membuai minda sementara Chamomile pada wajah dapat membantu menenangkan kulit dan mempunyai manfaat antikeradangan.
Sumber : cosmopolitan

