Mitos Dan Fakta Mengenai Telur Penyu
Ramai antara kita percaya bahawa telur penyu mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Namun, ada juga antara kita yang percaya bahawa hal tersebut hanyalah mitos sahaja. Sejauh mana kebenaran manfaat telur penyu tersebut?
Antara manfaat telur penyu yang dipercayai ramai adalah ia mampu meningkatkan nafsu lelaki dan mempunyai kandungan protein yang sangat tinggi. Selain daripada itu, telur penyu juga lazat dan meningkatkan selera makan. Namun begitu, manfaat ini belum pernah dibuktikan lagi.
Walaupun baru sekadar mitos, telur penyu merupakan antara makanan yang banyak dijual. Peniaga telur penyu mendapat keuntungan berlipat ganda walaupun populasi penyu mulai berkurangan.
Situasi ini membuatkan ramai ilmuan melakukan kajian yang mendalam tentang kandungan dan manfaat telur penyu. Setelah kajian dijalankan, tiada kandungan istimewa yang dijumpai di dalam telur penyu. Kandungan protein yang tidaklah banyak melebihi kandungan protein di dalam telur ayam. Selain daripada itu, pengkaji mendapati kandungan kolestrol di dalam telur penyu adalah 20 kali lebih tinggi daripada telur ayam. Ini bermakna, telur penyu akan meningkatkan risiko pelbagai penyakit dalam tubuh.
Hasil kajian yang dilakukan di Malaysia dan Australi baru-baru ini menunjukkan bahawa telur penyu mengandungi senyawa beracun yang dipanggil PCB (polychlorinated biphenyl). Senyawa tersebut tergolong sebagai logam berat yang akan mengakibatkan pelbagai risiko kesihatan seperti kanser, kerosakan sistem saraf dan gangguan hormon. Wanita hamil tidak dibenarkan memakan telur penyu kerana khuatir memberi risiko menyebabkan kecacatan kekal pada anak yang akan dilahirkan.
Dengan hasil kajian yang telah dijalankan, ia terbukti bahawa kenyataan mengenai manfaat telur penyu adalah mitos semata-mata. Faktanya adalah, telur penyu bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan kita, ia juga tidak baik untuk ekosistem laut kita.
Sumber: manfaattelur.blogspot.my & google (gambar)

