7 Tip Lembutkan Daging Dengan Cepat
Kadang-kadang daging mengambil masa yang lama untuk lembut. Nak tunggu sampi tak boleh masak masakan lain. Jadi malas nak masak daging dah selepas tu.
Jangan risau. Ini kami kongsikan tip nak lembutkan daging dengan cepat. Boleh lah cuba!
Perap Sebelum Masak
Biasakan perap daging sebelum memasak dan simpan dalam peti sejuk dalam beberapa jam sebelum masak. Kalau nak goreng, perap dengan garam dan kunyit atau perasa.
Batang Tebu
Isi tebu berfungsi untuk melembutkan daging dan menambahkan kelazatan sup. Buangkan dulu kulit tebu dan bersihkannya. Kemudian, potongkan tebu tadi secara memanjang seruas-seruas. Kalau daging tu nak dibuat rendang, masukkan saja isi tebu tadi bersama-sama dengan bahan-bahan lain untuk penyediaan rendang. Kemudian, masaklah sehingga rendang daging tu empuk. Kalau nak buat sup daging pula, rebus isi tebu tadi bersama-sama dengan bahan-bahan lain untuk mereneh sup.
Cuka Makan
Untuk memudahkan daging menjadi empuk dalam masa yang singkat, cuba masukkan sedikit cuka makan ke dalam periuk ketika merebus daging.
Daun Nangka
Sediakan beberapa helai daun nangka dan bersihkannya dahulu. Kemudian, masukkan saja daun nangka tadi ke dalam periuk bersama dengan daging yang ingin direbus.
Daun Betik
Cara ini pula khas untuk anda yang nak buat sate daging. Hiris dan lumurkan daging tersebut dengan bahan-bahan perencahnya.Selepas itu bungkus daging dengan daun betik. Biarkannya selama 1 jam. Setelah itu, barulah bakar sate daging tadi dan hasilnya daging itu lebih wangi dan empuk.
Buah Pinang Tua
Anda perlukan setengah atau sebiji pinang tua. Kupaskan dan bersihkan pinang tua tadi.
Setelah itu, masukkannya ke dalam periuk (kuali) untuk dimasak sekali dengan daging.
Daun Pisang Abu
Anda ambil daun pisang abu dan lapkannya dulu sampai bersih. Kemudian, carik-carikkan daun pisang abu tadi.Lepas tu, masukkan saja ke dalam kuali atau periuk bersama-sama dengan daging yang ingin dimasak.
Sumber: rasa.my & google (gambar)

