7 Tips Untuk Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata
Lingkaran gelap bawah mata sememangnya akan membantutkan kecantikan wajah anda. Bukan itu sahaja, ia juga akan membuatkan wajah anda nampak kusam dan tidak bermaya.
Jom kita lihat antara 7 tips yang boleh anda gunakan untuk mengurangkan lingkaran gelap bawah mata anda. Cepat, masih belum terlambat!
- #1 – Amalkan minum air suam selalu
Pastikan anda jadikan amalan minum air suam setiap hari. Elakkan pengambilan ais. Untuk permulaan bagi anda yang kurang suka dengan air putih, anda boleh cuba minum 4 gelas sehari, selang 2 jam satu gelas. Kemudian, gandakan 8 gelas setiap hari. Untuk kes eyebag ini, minum air suam boleh membantu dalam pembuangan toksik dan membantu untuk mengurangkan kandungan toksik kotor di bawah mata.
- #2 – Timun dan Tomato sebagai eyemask
Daripada anda buang lebihan tomato dan timun, baik anda gunakan untuk kecantikan. Hiriskan halus dan tekapkan di mata semalaman atau 30 minit. Anda boleh memilih untuk menggunakan timun atau tomato kerana kedua ini membantu untuk mencerahkan serta memberi kesegaran mata anda yang lesu.
- #3 – Hijau kehijauan
Kalauanda luangkan terlalu lama di hadapan komputer, TV atau laptop juga boleh menimbulkan masalah lingkaran bawah mata ini? Tapi macam mana pula kalau sudah memang kerja mesti mengadap komputer? Penyelesaiannya adalah dengan melihat atau mengalihkan permandangan anda pada sesuatu yang berkonsepkan kehijauan kerana oxygen dan ketenangan dapat membantu mata anda berehat. Ambil masa rehat 10-15 minit sebelum kembali melakukan tugas anda. Amalkan setiap 30 minit mengadap komputet, TV, alihkan pandangan anda. Beli lah pokok kecil letak di meja office anda. Eh jangan pula beli pokok plastic tau!
- #4 – Tidur yang secukupnya
Apabila tidur cukup, bukan sahaja mata sihat, tubuh badan luaran dalaman semuanya akan sihat.
- #5 – Eye roller atau eye cream
Banyak cream mata jual di pasaran. Rujuk dengan pakar, belilah eye cream atau eye roller. Amalkan pakai setiap pagi petang dan juga selepas tidur. Jika anda perasan, kulit sekitar mata amatlah nipis, jadi ambil masa untuk merawat nya. Paling utama adalah SABAR.
- #6 – Uncang teh sebagai penyejuk mata
Jangan buang uncang teh! Gunakan ia untuk penyejuk mata anda. Jangan pula anda guna uncang teh yang anda telah campurkan gula atau susu. Karang dihurung semut pula. Letak di bahagian mata selama 30 minit dan bilas dengan air suam.
- #7 – Jangan minum air 1-2 jam sebelum tidur
Walaupun minum air bagus, tetapi dinasihatkan supaya anda tidak minum 1-2 jam sebelum tidur bagi mengelakkan lingkaran bawah mata ini kerana ia akan menyebabkan penyimpanan air di bahagian bawah mata anda itu. Elakkan ya?
Diharap tips ini berguna untuk anda semua amalkan. Kunci paling utama adalah ‘Kurangkan rungutan, tingkatkan usaha!’, hehe. Jangan risau, semua dilahirkan cantik sempurna. Berbanggalah dengan diri anda!
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : ikahwin

