Boleh dikatakan setiap rumah mesti akan ada peti sejuk untuk menyenangkan ketika menyimpan pelbagai jenis bahan makanan dan minuman untuk kekal lama. Haa dah nama pun tempat letak makanan kan? Confirm lah mesti akan bau yang kurang menyenangkan.

Nak lagi teruk apabila suhu dalam peti sejuk itu tidak berapa sejuk, haa makin bertambah busuklah bau peti sejuk bila anda membukanya.

Tetapi jangan risau, jom kita tengok antara petua untuk menghilangkan bau busuk dalam peti sejuk.

Esen Vanilla  – Ambil satu mangkuk air dan letakkan beberapa titis esen vanilla ke dalamnya selepas itu ambil kain bersih dan basahkan ke dalam mangkuk tadi kemudian lap di ruang dalam peti sejuk anda.

Roti – Untuk pengetahuan anda, roti sebenarnya memainkan peranan yang sangat baik untuk menyerap bau busuk dalam peti sejuk. Hanya biarkan 2 keping roti ke dalam peti sejuk sehingga kering dan gantikan dengan roti yang baru.

Kulit Nenas – Letakkan beberapa keping kulit nenas ke dalam peti sejuk untuk beberapa hari. Selepas beberapa hari, anda akan mendapati kulit nenas itu sudah kecut dan bolehlah digantikan dengan yang baru.

Arang – Biarkan arang dan beberapa hirisan limau atau lemon ke dalam peti sejuk anda untuk menyerap bau busuk dan mengembalikan kesegaran yang kekal lama.

Soda Birkarbonat – Bancuhkan soda bikarbonat dengan air putih dan basahkan tuala bersih dengan air tersebut lalu lap di semua bahagian dalam peti sejuk anda.

Abang Brian harap dengan perkongsian ini, anda dapat kembalikan kesegaran peti sejuk anda semula.