Yang ada jerawat di muka, pernah tak terfikir apa penyakit yang sedang anda hadapi? Haa mungkin ada yang tidak tahu, jerawat yang timbul sebenarnya mempunyai maksud disebalik itu.

Jangan ingat jerawat yang timbul itu terjadi sebabkan perubahan hormon, tindak balas dari produk kecantikan atau pun pencemaran udara tau!

Jom kita tengok apakah jenis penyakit yang dihadapi oleh anda mengikut jerawat di wajah anda.

  • Dahi

Bermaksud sistem penghadaman yang tidak beroperasi dengan sempurna dan kekurangan kandungan air dalam badan. Air masak membantu menyingkirkan toksin dalam badan. Seeloknya, minum 8 gelas besar air masak sehari dan elakkan minuman berkafein dan berkarbonat. Mungkin anda boleh cuba untuk mengamalkan teh hijau tanpa gula.

  • Zon-T (sekitar hidung dan dahi)

Merupakan kawasan paling berminyak pada wajah. Jika ada jerawat besar di bahagian ini, kemungkinan sistem organ hati tidak berfungsi dengan baik.

  • Sekeliling mata

Kawasan ini adalah bahagian kulit wajah yang paling sensitif dan lembut. Lingkaran hitam pada mata menunjukkan ketidakseimbangan sistem buah pinggang. Banyakkan minum air masak dan kurangkan pengambilan air manis.

  • Pipi

Bahagian atas: Ia bersambung terus dengan sistem pernafasan iaitu paru-paru. Ia menandakan anda menghirup terlalu banyak udara kotor, terutamanya bagi mereka yang merokok. Selain itu, penggunaan telefon yang membuatkan anda lekapkan telefon pada pipi menyebabkan kotoran melekat di pipi dan menyumbatkan pori muka. Dinasihatkan juga menukar alas bantal setiap minggu bagi mengelakkan kotoran terkumpul berpindah ke wajah anda. Lebihkan memakan sayuran seperti kubis, tauge dan labu.

Bahagian bawah: Ia berkaitan terus dengan kesihatan gigi. Jika anda mempunyai masalah dengan gusi, masalah jerawat lebih ketara. Amalkan menggosok gigi dengan betul serta flos gigi. Kurangkan pengambilan air manis dan bergas.

  • Hidung

Jantung bersambung dengan deria hidung. Jerawat besar dan menyakitkan menandakan tekanan darah tinggi. Jauhi minuman yang memberi tenaga. Kurangkan garam dalam makanan dan banyakkan pengambilan buah serta sayuran.

  • Telinga

Deria ini bersambung terus dengan organ buah pinggang. Jerawat di bahagian telinga menandakan anda kurang minum air masak. Kurangkan pengambilan garam dan kafein.

  • Dagu

Jika ada jerawat di bahagian dagu, ia menunjukkan ada masalah di bahagian usus kecil anda. Ia disebabkan diet makanan harian. Jelas bahawa anda makan secara melulu dan tidak berkhasiat. Lebihkan sayuran dan buahan dalam menu harian.