Menaikkan Seri Wajah Dengan Hanya SATU Bahan
Haa petua dibawah memang sesuai untuk bakal pengantin atau tunang yang nak menaikkan seri wajah. Yela tak akan lah taknak nampak berseri-seri pada hari bahagian tu nanti kan?
kebanyakkan orang tidak sedar dengan kebaikan bahan-bahan semulajadi yang terdapat disekeliling anda. Ada juga yang sanggup menghabiskan duit beratus-ratus ringgit untuk kelihatan cantik tetapi keputusannya tetap sama!
Apa kata kali ini anda buka pintu hati anda untuk terima dan lihat keberkesanan bahan semulajadi terutamanya KELAPA untuk menaikkan seri wajah anda.
Sebelum anda ingin mendapatkan santannya, jangan dibuang air kelapa itu! Nak tahu kenapa? Sebab Air kelapa itu sangat bagus untuk menaikkan seri wajah dan dapat menghilangkan parut pada wajah anda.
Cara-caranya :
- Ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda.
- Biarkan sampai kering.
- Selepas itu, basuh muka anda dengan menggunakan air bersih dan sejuk.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : kesihatan online

