Minggu lepas Abang Brian ada terima request dari seseorang, dia nak Abang Brian kongsikan resepi macam mana nak buat potato wedges sebab dia merupakan seorang student dan dia jenis suka masak benda simple dan tak complicated.

So, kali ini Abang Brian akan tunaikan ye. Katanya nak potato wedges ala-ala KFC punya (kemain tau request, hehe).

Antara bahan yang anda perlukan ialah : 

  • Kentang (ikut suka banyak mana anda mahu)
  • Garam
  • Pati Ayam
  • Tepung gandum
  • Serbuk Lada Hitam

Cara penyediaan :

  1. Kentang direndam di dalam air panas 2minit dan potong kentang macam bentuk kentang KFC (kalau tak buang kulit pun boleh, terpulang pada anda).
  2. Rebuskan kentang di dalam air dan campurkan garam dan pati ayam secukup rasa.
  3. Keluarkan kentang dari rebusan (gunakan garfu dan cucuk pada kentang, kalau suku garfu dah termasuk dalam kentang , maknanya sudah boleh dikeluarkan).
  4. Panaskan minyak dalam kuali (minyak mestilah boleh menenggelamkan kentang-kentang itu nanti).
  5. Balutkan kentang dengan tepung gandum dan lada hitam.
  6. Goreng kentang dalam kuali sehingga warna agak keperangan dan angkat.

SELAMAT MENCUBA!