Cara Simple Untuk Hilangkan Lemak Degil Pada Peha
Pasti ada diantara anda yang berhadapan dengan masalah peha besar kan? Badan langsing tetapi peha besar? Haaa jangan risau! Abang Brian ada petua untuk anda yang mengalami situasi begini.
Jom kita tengok antara petua yang boleh diguna pakai untuk mengecilkan peha anda.
- Minum air putih
Air putih sangat diperlukan oleh tubuh bukan hanya untuk elak daripada dehidrasi tetapi juga membantu membuang kotoran dan memproses pembakaran lemak.
- Makan makanan rendah kalori
Elakkan makan fast food, makanan berminyak, tinggi gula dan tinggi lemak. Nak dapat kesan yang anda inginkan, kena DISIPLIN. Amalkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar, yogurt dan pelbagai makanan kaya serat.
- Dapatkan tidur yang cukup
Tidur dapat membakar lemak badan. Dalam keadaan tidur, lebih kurang 45-115 kalori akan terbakar. Tapi jangan makan sebelum tidur kerana ia jadi punca peha anda besar!
- Jangan stres
Lemak yang terkumpul di paha sukar dihapuskan walaupun dah bersukan. Tekanan akan menghalang pembakaran lemak tubuh, terutama di bahagian peha.
- Jangan kerja berlebihan
Kerja berlebihan hingga stres dan lupa waktu rehat tidak bagus untuk kesihatan. Ini kerana ia meningkatkan berat badan sehingga sukar untuk mengecilkan peha.
- Bersukan
Jika inginkan paha kecil, kunci utamanya ialah bersukan. Ia sangat berkesan membakar lemak terkumpul. Biasanya lemak di bahagian peha perlu masa untuk dihapuskan. Kena sabar!
- Lakukan gerakan untuk kecilkan peha
Perlu tahu gerakan atau senaman apa yang sesuai untuk kecilkan peha. Latihan seperti berlari, naik tangga, squat, skipping dan berbasikal sangat membantu membakar lemak di paha. Lakukan aktiviti ini paling tidak 30 minit setiap hari.
Sumber : hanasuva

