Jenis Jerawat Yang Anda Perlu Tahu!
Jerawat merupakan ‘musuh dalam selimut’ untuk setiap individu apabila ia mula muncul di kulit wajah sehingga ia mencacatkan kecantikkan dan keyakinan seseorang.
Jom kita tengok antara jenis jerawat yang selalu timbul pada permukaan kulit wajah.
Jerawat biasa
Mesti ramai yang mempunyai jerawat seperti ini! Jerawat ini mudah dikenali karena bentuknya yang kecil dan berwana putih kemerahan. Jerawat ini timbul kerana pori-pori yang tersumbat dan bakteria propionibacterium acne.
Jerawat Batu
Jerawat batu mempunyai ukuran yang lebih besar daripada jerawat biasa. Jerawat batu berwarna lebih merah dan meradang. Jika terus dibiarkan, jerawat batu akan meninggalkan bekas yang susah dihilangkan. Ia disebebkan kelenjar minyak yang terlalu banyak dan pertumbuhan sel yang tidak normal. Jerawat batu tergolong jerawat yang parah.
Jerawat Juvenil
Selalunya jerawat ini timbul pada umur 14-20 tahun kerana masalah hormon yang belum stabil.
Jerawat Vulgaris
Jerawat ini biasanya timbul pada masa remaja dan akan berlanjutan hingga ke dewasa. Jerawat ini disebabkan oleh kelebihan minyak, perubahan hormon, produk kosmetik serta kulit mati.
Jerawat Rosacea
Jerawat ini biasanya timbul pada wanita yang berusia 30-50 tahun. Pada mulanya, jerawat ini akan menjadi kemerahan yang dapat menimbulkan radangan sehingga dapat menimbulkan sisik pada hidung.
Jerawat Nitrosica
Jerawat jenis ini harus berwaspada kerana kalau anda terus biarkan, ia akan menyebabkan kulit anda berlubang.
Sumber : wajahjerawat








