Maksud Disebalik Warna Kegemaran Anda
Setiap individu mesti ada warna kegemaran masing-masingkan? Haa untuk pengetahuan anda, warna yang anda suka itu mempunyai maksud disebalik itu.
Tetapi betul ke warna kesukaan itu mempengaruhi sifat keperibadian seseorang? Jom kita tengok.
- Merah
Anda yang menyukai warna merah biasanya seorang yang cenderung melakukan apa yang anda mahu. Selain itu, anda juga seorang yang berfikiran terbuka dan mampu menerima perkara-perkara baru.
- Biru
Anda yang menyukai warna biru amat peduli dengan perasaan orang lain dan sedikit sensitif. Dari segi positif penggemar warna biru sangat dikagumi oleh ramai orang kerana kesetiaan dan perhatian anda. Bukan itu sahaja, anda juga seorang yang rajin berusaha tetapi perlu diingatkan, anda kena berhati-hati dan jangan terlalu cemas.
- Kuning
Jika anda memilih kuning sebagai warna kegemaran ia melambangkan sifat spontan dan toleransi anda yang tinggi. Begitu menyerlah, tetapi anda mempunyai perangai yang suka berubah-rubah sikap dan suka berharap.
- Hijau
Warna hijau melambangkan sikap anda yang selalu positif dan santai. Selain itu, anda seorang yang penyabar, tetapi cenderung menarik diri daripada perubahan di persekitarannya.
- Oren
Jika anda menyukai warna oren, anda mempunyai sifat yang ceria dan periang. Namun, anda suka mencuri perhatian orang dan adakalanya kelihatan agak mengada-ngada.
- Ungu
Anda yang menyukai warna ungu biasanya adalah orang yang unik, tidak takut untuk tampil berbeza daripada orang biasa. Selain itu, pencinta warna ungu juga mencintai seni. Namun, sangat sensif dan mudah terluka hatinya.
- Hitam
Anda yang menyukai warna hitam melambangkan sifat anda kuat,tabah dan produktif. Namun, jika berada dalam lingkungan yang tidak disukai, anda akan menjadi murung. Selain itu, anda termasuk dalam jenis orang yang sukar untuk difahami atau agak misteri.
- Putih
Jika anda menyukai warna putih, anda dikagumi kerana sifat anda yang anggun, ideal, tidak pernah angkuh dan suka menolong sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan anda.
- Pink
Disebalik kelembutan warna pink, anda yang menyukai warna ini adalah orang yang mengharapkan cinta dan kesejahteraan. Di samping itu, anda juga adalah wanita yang ingin dilindungi dan sentiasa mahu dimanjakan.
Sumber : wom

