Petua Merawat Kayap Pada Muka Dan Badan
Mesti ada pernah dengar nama ‘kayap’ kan sebelum anda membaca entri kali ini? Kayap merupakan penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varizella Zoster (VZV).
Ramai individu yang menyangka kayap ini hanya ada timbul pada bahagian badan sahaja, haa jangan terkejut tau sebab kayap juga mampu timbul di sekitar kulit muka anda. Kesan yang ditinggalkan juga amat memberi impak terhadap seseorang.
Jom kita lihat antara petua untuk merawat kayap :
Petua #1 – Daun cili & Kapur makan
Tumbukkan daun cili dan campurkan sedikit kapur. Selepas itu sapukan pada bahagian yang terjejas. Amalkan 2 kali sehari.
Petau #2 – Daun pokok duit
Tumbuk daun ini sehingga hancur sehingga berair dan lekapkan pada tempay yang terkena kayap.
Petua #3 – Daun delima
Tumbuk daun delima sehingga lumat dan campurkan sedikit bedak sejuk. Kemudian tampal pada kawasan yang terjejas.
Petua #4 – Pucuk daun bunga melur, daun buah delima, daun setawar dan pucuk daun mambu
Tumbuk kesemua daun diatas dan campurkan dengan bedak sejuk. Gaul sehingga ia menjadi pekat sebelum disapu/tampal pada kawasan kayap.
Petua #5 – Garam bukit
Ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air. Biarkan garam itu separuh larut dan sapu pada kawasan kayap. Selepas itu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan ke dalam segelas air. Kacau sehingga larut dan minum.
Haa Abang Brian harap dengan perkongsian ini dapat memberikan sedikit info untuk anda yang mengalami masalah kayap.
Bukan itu sahaja, jangan gatal-gatal untuk kupil parutnya apabila ia sudah kering kerana ia akan luka dan merebak dengan lebih teruk.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : umminisha



