Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa produk kecantikan tidak membantu mengembalikan kecerahan kulit. Ini kerana produk kecantikan itu mengandungi bahan kimia yang tinggi.

Wanita pada zaman dulu turut menggunakan bahan semula jadi untuk merawat kulit. Kulit mereka akan menjadi lebih halus, mulus dan semakin cerah. Tetapi, ia bukan berlaku dalam masa beberapa hari atau minggu. Amalkan penggunaan bahan semula jadi ini dengan konsisten dan lihat perubahannya.

1. LEMON 

Lemon mengandungi salah satu bahan pencerah semula jadi untuk tubuh. Perah lemon dan jusnya di sapu ke seluruh kulit. Biarkan selama 10 minit sebelum mandi. Lakukannya seminggu sekali.

2. KUNYIT

Rempah ini terbukti merawat kecantikan kulit. Campurkan serbuk kunyit dengan susu sebelum gosokkan ke seluruh badan yang kelihatan gelap.

3. DADIH 

Kandungan asid dalam dadih mampu mencerahkan kulit. Biarkan sapuan dadih ke seluruh badan selama 10 hingga 15 minit sebelum bilas dengan air. Lakukan seminggu sekali untuk kesan yang sempurna.

4. GULA 

Penyental ini berasaskan gula yang dicampur dengan perahan lemon untuk menyingkirkan sel kulit mati.

5. OAT 

Oat berkesan untuk membuang sel kulit mati yang menyebabkan kulit menjadi gelap dan kusam. Campurkan oat dengan air atau minyak zaitun, kemudian sapu pada badan dan amalkan seminggu sekali.

6. GARAM LAUT 

Garam laut berfungsi sebagai penyental untuk menyingkirkan kulit kusam. Bahan abrasivitas yang berada di dalam garam laut dapat menghilangkan kotoran dan kulit mati manakala kandungan minyak zaitun melembapkan kulit.

7. BETIK 

Enzim yang terdapat dalam betik dapat menyingkirkan  kulit mati serta memecahkan lapisan kulit berlemak.

8. TOMATO 

Kandungan vitamin C dalam tomato dapat membantu kulit menjadi lebih cerah. Gosokkan hirisan tomato keseluruh badan selama beberapa minit.

9. JUS KENTANG 

Campurkan kentang yang dikisar ke dalam air dan gosokkan pada badan. Mineral yang terdapat dalam kentang akan membantu mencerahkan kulit secara berkesan.

Sumber: Harian Metro (16 Mac) & Google (gambar)