Amalkan 5 Cara Untuk Menjadikan Anak Itu Bijak
Penat seharian bekerja? Percayalah, segala kepenatan itu akan hilang apabila anak sambut kepulangan anda dengan pelukan, ciuman dan senyuman dari mereka.
Anak yang bijak membuktikan apa yang diajar oleh ibu ayahnya sangat sempurna dan yang paling menggembirakan apabila anak-anak itu menjadi anak yang terbaik dari segi akademik, kelakuan dan bahasa.
Jom kita tengok antara cara yang boleh diamalkan untuk menjadikan anak itu bijak dari segala aspek.
- Luangkan masa
Cuba luangkan sedikit masa untuk melayan percakapan anak-anak ketika mereka masih kecil. Walaupun bahasanya kurang difahami tetapi yakinlah bahawa suatu hari nanti mereka pasti hargai.
- Jangan suka-suka marah
Elakkan dari marah anak-anak apabila mereka lakukan kesilapan. Cara paling baik adalah dengan memberi penerangan dan kesan di sebalik kesalahan mereka itu.
- Peluklah anak setiap hari
Banyakkan memeluk anak-anak anda setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa pelukan mampu mengeratkan hubungan dan mewujudkan perasaan saling percaya antara satu sama lain.
- Hargai barang kesukaan anak
Jangan buang mainan atau apa sahaja barang kesayangan anak-anak anda sekalipun ia telah rosak. Jika anda mampu hormati hak mereka, percayalah mereka juga mampu lakukan perkara yang sama terhadap anda.
- Doa ibu bapa sangat berkat
Sentiasa berdoa untuk kecemerlangan dan kebahagiaan anak-anak di dunia dan akhirat. Pada masa yang sama, berhati-hatilah dengan butir bicara percakapan anda kerana ini juga boleh dikategorikan sebagai doa yang mustajab.
Sumber : Mingguan Wanita

