Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak bukanlah perkara yang asing. Malah, masalah ini semakin meningkat angkanya dari semasa ke semasa. Walaupun jumlahnya tidak ketara di negara kita, namun hal ini perlu diambil kira agar kita tidak menghadapi masalah ini.

Obesiti biasanya terjadi disebabkan pengambilan makanan yang tidak sesuai secara berlebihan. Antara penyebab utama masalah ini adalah makanan berkalori tinggi, jumlah gula yang tinggi dan di masak secara tidak sihat. Malah, makanan kudapan lain yang diambil sebagai makanan ruji juga turut menyumbang masalah ini terjadi.

Ketahui lima langkah dibawah ini yang perlu anda lakukan untuk mengelakkan masalah ini terjadi kepada anak anda. Mungkin anda boleh cuba menerapkan menu ini dalam sajian sihat anak anda.

Kurangkan Makanan Tinggi Kalori 

Hadkan pengambilan kalori kurang dari 150 kali setiap hari. Jangan biarkan pengambilan karbohidrat berlebihan bagi si anak. Jika anda mengambil lebih 150 kalori sehari, berat badan anda akan meningkat satu paun dalam masa tiga minggu. Jadi, makanlah pada jumlah yang sedikit dan sesuai dengan keperluan tenaga yang digunakan.

Jadi Contoh Pada Anak 

Anak akan makan apa yang kita makan. jadi, pilihlah makanan yang sihat seperti sayur dan kawal jumlah makanan yang sepatutnya. Ajar anda untuk tidak makan berlebihan dan kawal pemakanan mereka.

Jangan Perkenalkan Makanan Segera

Jangan sesekali perkenalkan anak dengan makanan segera terutamanya restoran makanan segera. Kerana anda akan sukar mengawalnya jika mereka sudah menggemarinya. Makanan segera mempunyai kadar kandungan lemak yang tinggi. Tukarkan makanan segera ini dengan menyediakannya sendiri di rumah.

Elak Minuman Bergas 

Jangan ajar dan elakkan anak daripada minuman manis dan bergas kerana minuman bersoda mempunyai tinggi kalorinya. Gantikan sahaja dengan air kosong atau minuman bersusu.

Tingkatkan Senaman Anak 

Galakkan anak-anak anda bersukan. Mengayuh basikal setiap hari adalah antara aktiviti yang paling digemari kanak-kanak. Aktiviti ini boleh melatih kekuatan jantung sekaligus penggunaan tenaga yang seimbang untuk si kecil.

Kurangkan Snek Ringan 

Jangan biarkan anak memakan snek-snek ringan yang tidak menyihatkan. Berikan sepotong buah dan sandwic yang ternyata lebih sihat untuk mereka. Makanan snek ringan bukan sahaja mengandungi kandungan gula yang tinggi bahkan mempunyai bahan pewarna dan perasa yang kurang sesuai untuk anak anda.

 

Panduan Pemakanan Kanak-Kanak Obesiti 

  • Jangan makan di hadapan televisyen kerana cara ini membuatkan mereka makan lebih banyak dari biasa.
  • Elakkan makanan berkalori tinggi dan berminyak seperti kentang goreng, snek ringan dan sebagainya.
  • Elak mengunjungi restoran makanan segera. Jika terpaksa, pilih menu yang sihat untuk mereka seperti sald buah-buahan.
  • Gantikan minuman berkalori tinggi dengan susu rendah lemak. Kurangkan pengambilan minuman susu berperisa seperti coklat dan strawberi kerana ia mengandungi jumlah gula yang tinggi.
  • Latih anak anda untuk mengambil makanan secara sihat seperti rebus, panggang dan makanan bersup sahaja. Cara ini bebas minyak, lemak dah garam yang berlebihan.
  • Kawalan makanan sahaja tidak mencukupi. Lakukan aktiviti fizikal supaya seimbang. Tingkatkan aktiviti anda anda dengan berjalan setiap petang atau babitkan mereka dalam apa saja permainan yang menyihatkan.

 

Sumber: keluarga.my & Google (gambar)