Gemar dengan buah mangga? Tetapi tidak tahu bagaimana untuk memilih buah mangga yang berkualiti dan baik? Bila beli sahaja, mesti ada yang tidak manis atau pun berulat kan?

Jom kita lihat antara beberapa tips untuk membeli buah mangga yang elok dan terkenal dengan kandungan vitamin C yang tinggi.

  • Mangga yang matang di pohon

Ada lapisan lilin buah di kulitnya, bentuk buah sudah padat dan penuh terutama bahagian hujung, buah akan tenggelam bila dimasukkan ke air, tangkai buah kering, tercium aroma harum dan manisnya mangga. Pilihlah mangga yang hujung tangkainya berwarna kekuningan iaitu bermaksud mangga tersebut matang di pohonnya.

  • Mangga yang berkualiti

Pilih mangga yang sedikit lembut kerana ini menandakan mangga baru memasuki masa matang. Jangan pilih yang keras kerana sudah pasti belum matang dan jangan pula pilih yang lembek kerana ia bermaksud buah mangga sudah terlalu matang. Jangan memilih mangga yang kulitnya berkedut kerana menandakan mangga masih muda tapi sudah dipetik dan dipaksa matang.

  • Fakta tentang mangga yang manis

Buah mangga tidak boleh diukur kematangannya berdasarkan warna kulit kerana kulit setiap jenis mangga memang berbeza. Namun jika kulit mangga tersebut terdapat banyak bintik atau lebam, itu bermaksud sebaiknya anda tidak membeli mangga tersebut kerana keadaan mangganya sudah tidak baik. 

Sumber : Wanista