Khasiat Disebalik Peria Yang Anda Terlepas Pandang
Siapa yang suka makan buah peria? Haa yang suka makan itu, memang Abang Brian salute lah dekat anda! Yela, dengan rasanya yang pahit itu, siapa yang dapat tahankan?
Disebalik rasanya yang pahit, tersimpan 1001 khasiat yang mungkin anda terlepas pandang. Kebanyakkan daripada kita lebih suka mengamalkan ubat-ubatan yang dijual diluar sana tetapi tahukah anda bahan-bahan semulajadi yang ada disekeliling anda merupakan ibu segala ubat untuk kesihatan dan kecantikan.
Jom kita tengok antara khasiat buah peria. Haa jaga-jaga Cik Salmah, takut terjatuh cinta pula lepas ini dengan buah peria.
- KENCING MANIS
Air perahan buah peria ini mampu menurunkan kadar gula dalam darah untuk mereka yang mempunyai penyakit kencing manis mahupun diabetes.
- BUANG AIR BESAR BERDARAH
Ambil 2 biji peria dan kisar sehingga mendapat air perahannya. Minum air itu 2 kali sehari untuk menyembuhkan sakit buang air besar berdarah.
- MEMPERBANYAKKAN SUSU IBU
Amalan makan buah peria sangat bagus untuk wanita yang mempunyai masalah kekurangan susu badan. Ambil sebiji peria segar dan cuci sehingga bersih sebelum direbus. Selepas itu, jadikan peria rebus ini sebagai ulam ketika ingin menjamu selera. INGAT, susu ibu merupakan susu terbaik untuk anak anda.
- BISUL
Ambil sebiji peria segar dan hiris serta lumatkan sebelum tampal pada bahagian yang terkena bisul. Buah ini dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan bisul jika diamal dengan kerap.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda yang mengalami masalah diatas. Jika anda ada soalan atau permintaan tentang resepi, kesihatan, kecantikan dan kekeluargaan boleh terus ke ‘TANYA ABANG BRIAN’.
Sumber : petuatradisional

