Cara Untuk Menghitamkan Rambut Beruban Paling Simple
Rambut putih atau uban lebih dikenali dikalangan-kalangan orang-orang tua sahaja tetapi jangan terkejut, orang muda juga berpotensi untuk memiliki rambut putih.
Apa yang menjadi masalah orang muda, mereka gemar untuk mencabut uban itu. Tahukah anda kalau anda mencabutnya, percayalah ia akan tumbuh dengan lebih banyak.
Kepada anda yang mempunyai uban, boleh cuba petua yang telah Abang Brian kongsikan dibawah untuk anda semua. Petua ini dapat mengembalikan kehitaman rambut anda.
- Ambil satu genggam daun kari dan setengah cawan santan pekat.
- Tumbuk daun kari sehingga lumat dan campurkan ke dalam santan itu tadi.
- Rebus dengan menggunakan api yang kecil sehingga ia menjadi pekat seperti minyak.
- Selepas itu, biarkan ia sejuk dengan sendiri sebelum lumurkan pada bahagian kepala dan rambut anda.
- Biarkan seketika supaya ia dapat menyerap dan membantu menghitamkan kembali rambut anda.
Abang Brian harap dengan perkongsian ini dapat membantu anda yang mempunyai masalah rambut beruban. Apa yang penting, anda kena sentiasa berdisplin dan amalkan sehingga anda mendapat keputusan yang positif!
SELAMAT MENCUBA!

