Punca Dan Cara Untuk Mengurangkan Sakit Perut Di Awal Pagi
Ramai orang kata jika kita mengalami sakit perut pada awal, ia merupkan petanda baik bahawa usus kita berada dalam keadaan sihat tetapi lain pula bila terlalu kerap dan sakitnya bukan sebab nak ‘membuang’.
Jom kita lihat antara punca sakit perut pada awal pagi adalah:
- Pengambilan makanan ringan pada lewat malam.
- Makan buah-buahan yang ada sifat asid seperti oren, epal hijau atau nenas.
- Terlalu banyak minum kafein, teh, berkarbonat atau alkohol.
Kepada anda yang sering mengalami sakit perut yang teramat sangat pada awal pagi, anda boleh amalkan petua dibawah untuk mengurangkan rasa sakit itu.
MAKANAN DAN MINUMAN
- Cuba bersarapan dengan nasi, bubur, oat atau bubur jagung. Ia memberi kelegaan pada perut dan meredakan rasa sakit.
- Biskut masin ‘saltine crackers’ juga melegakan dan menghilangkan keasidan didalam perut.
- Yogurt mempunyai kultur hidup bertindak sebagai menyahkan bakteria jahat. Ia juga memperbaiki sistem penghadaman.
- Pisang, mengandungi potassium meredakan ketidakselesaan perut.
- Buah betik juga sesuai diambil pada waktu pagi untuk melancarkan sistem usus serta merendahkan asid dalam perut.
- Minum susu atau air putih sebagai menstabilkan semula keasidan didalam perut.
- Air kelapa asli kaya dengan nutrisi semulajadi dan elektrolit serta gula yang memberi tenaga dari potassium dan vitamin C.
FIZIKAL
- Jika anda turut berasa loya dan ingin muntah, jangan tahan dan muntahkan sahaja isi yang ingin dikeluarkan. Mungkin anda tidak selesa tapi percayalah selepas muntah perut akan lebih selesa.
- Hilangkan rasa kegelisahan. Ada yang berpendapat sikap gelisah pada sesuatu juga penyebab sakit perut. Jadi cuba anda tarik nafas panjang dan tenteramkan diri anda dengan fikirkan perkara yang baik-baik.
- Dapatkan urutan refleksologi di pusat urut dan lakukan senama ringan bagi mengelakkan otot kejang terutamanya dibahagian perut.
- Elakkan berbaring 2 jam selepas makan berat dan lakukan senaman selepas 4 jam makan.
Abang Brian harap apa yang Abang Brian kongsikan dengan anda ini dapat membantu anda mengurangkan rasa sakit perut pada awal pagi. Yela, bila sudah sakit perut pasti segala kerja yang ingin dilakukan akan terbantut dan menyusahkan anda untuk bersiap ke tempat kerja ataupun ke pusat pengajian.
Sumber : Wanista