Penyakit kanser merupakan satu penyakit yang sangat mengerunkan kerana ia adalah pembunuh nombor 1! Tiada salahnya jika kita berusaha sedaya upaya untuk menjauhkan diri daripada terkena penyakit kanser.

Untuk pengetahuan anda, jika anda mengamalkan pengambilan segenggam kekacang dalam corak permakanan anda, ia boleh mengurangkan sehingga 15% peluang seseorang itu menghidap kanser.

Bukan itu sahaja, pengambilan hanya 20 gram untuk walnut, badam, hazel, gajus dan pistasio dalam sehari juga sangat bagus kerana boleh mengurangkan risiko menghidap penyakit koronari jantung dan strok sehingga 30%.

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Imperial College London, England dalam analisisnya mendapati, kekacang mengandungi kandungan fiber, magnesium dan lemak tidak tepu yang tinggi dan bagus untuk tubuh badan.

Dr. Dagfinn Aune juga memberitahu “Walaupun kekacang mengandungi lemak yang agak tinggi, namun ia turut kaya dengan sumber fiber dan protein untuk mencegah seseorang daripada mendapat risiko obesiti.”

Tambahnya lagi, kekacang seperti walnut dan kacang pekan mengandungi antioksida yang tinggi dan boleh mengurangkan kadar tekanan yang dialami oleh seseorang.

Sumber : Kosmo