Jeragat adalah salah satu bentuk jerawat yang mana akan tumbuh pada bahagian muka (pipi, hidung dan dahi). Jeragat akan kelihatan sebagai bintik-bintik putih ataupun hitam yang kecil.

Jeragat berpunca daripada minyak kulit muka dan sel-sel yang mati menyekat pora kulit. Anda boleh hilangkan jeragat dengan menggunakan langkah-langkah dan petua yang betul seperti :

  • Kerap Membasuh Muka

Anda dikehendaki untuk membasuh tempat berkenaan dengan lembut, 2 kali sehari menggunakan sabun muka mengikut kesesuaian jenis muka. Namun perlu ingat bahawa penggunaan sabun yang berlebihan ataupun menggosok dengan terlalu kuat boleh merosakkan kulit muka, oleh itu berbuatlah berpada-pada.

  • Menggunakan Tea Tree Oil

Kaedah ini mungkin mengambil masa untuk berkesan (lebih kurang 3 bulan), namun kajian membuktikan bahawa tea tree oil sangat berkesan untuk mengatasi masalah kulit seperti mana benzoyl peroxide dengan kesan sampingan yang kurang apabila ia disapu pada kulit muka yang bermasalah. Jika anda mempunyai eczema ataupun masalah kulit yang lain, tea tree oil boleh memberikan kesan sampingan, oleh itu elakkan kaedah ini.

  • Menggunakan Jus Lemon atau Perahan Limau

Lemon ataupun limau mengandungi asid alpha hydroxy yang tinggi, yang mana boleh exfoliate kulit dan menggalakkan pertumbuhan sel baru. Selain itu, ia juga boleh mengurangkan penghasilan minyak yang berlebihan.

Cara-caranya adalah:

  • Celupkan kapas kepada jus lemon/perahan limau.
  • Sapukan pada permukaan kulit.
  • Biarkannya selama 15 – 20 minit.
  • Bilas muka dengan air bersih.
  • Amalkannya setiap hari untuk beberapa bulan sebelum masuk tidur.
  • Cuka Epal (Apple Cider Vinegar)

Berfungsi sebagai astringent dan secara tidak lansung boleh mengeluarkan minyak yang berlebihan dari kulit. Tambahan lagi, ia mempunyai sifat antiseptik dan anti bakteria untuk melawan pembentukan jerawat dan jeragat.

Cara-caranya adalah:

  • Campurkan satu sudu teh cuka ini dengan air ke dalam satu cawan.
  • Sapukan larutan ini pada muka yang terjejas dengan menggunakan kapas ataupun tisu.
  • Biarkannya selama 10 minit sebelum membilasnya dengan air suam.
  • Amalkannya setiap hari ataupun beberapa kali setiap minggu sehingga mendapatkan hasil yang memuaskan.
  • Kayu Manis (Cinnamon)

Membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat. Apabila digunakan sebagai skrub, ia membantu mengurangkan masalah jeragat dan bintik-bintik hitam. Pada masa yang sama, ia menyarankan penghasilan kolagen dan proses penyembuhan kulit.

Cara #1

  • Campurkan satu sudu teh serbuk kayu manis dan tepung oat dengan kadar air yang sesuai sehingga ia membentuk satu pes.
  • Sapukan pada permukaan kulit dan biarkannya untuk 15 minit.
  • Bilas dengan air bersih.

Cara #2

  • Campurkan satu sudu teh madu, gel aloe vera (lidah buaya) dan satu cubit serbuk kayu manis.
  • Sapukannya campuran tersebut pada permukaan muka dan biarkan selama 15 minit.
  • Bilas dengan air bersih.
  • Anda boleh mengamalkan salah satu cara yang dinyatakan di atas sebanyak dua atau tiga kali seminggu, sehingga anda mendapatkan hasil yang memuaskan.

Amaran: Sesetengah orang mempunyai alahan pada kayu manis, oleh itu anda perlu mencubanya dengan kadar yang sedikit terlebih dahulu untuk pastikan kulit anda tidak alah padanya. Sekiranya anda berasa gatal-gatal setelah mencubanya, berhenti menggunakan kaedah rawatan ini dengan serta-merta.

Sumber : panduansaya