Ramai ibu bapa yang menurunkan petua-petua orang dahulu untuk digunakan dalam kehidupan seharian anak-anak. Petua-petua ini elok untuk dipraktikkan kerana bahan-bahan yang digunakan adalah bahan-bahan asli yang terdapat di sekelilingi kita.

Meskipun begitu, kesannya tidak terjadi serta-merta dan kadang kala perubahan dirasai sedikit demi sedikit bergantung kepada kekerapan melakukannya. Tetapi yang penting, tiada bahan kimia digunakan tau!

Jom kita tengok antara petua lama yang kita boleh ikuti.

1. TANGAN LUKA

Jangan panik jika jari anda terkena pisau dan luka. Anda boleh menggunakan sarang telur labah-labah yang berwarna putih seperti kapas dan letakkan di jari yang luka. Anda akan dapati darah berhenti dengan cepat.

2. HILANGKAN KUTU KEPALA

Ini merupakan masalah yang merunsingkan kerana melibatkan kepala dan juga rambut. Cara nak hilangkannya adalah dengan lumurkan kepala anda dengan minyak tanah. Kemudian, bungkus kepala dengan tuala selama 2 jam. Kutu-kutu di kepala anda akan mati selepas itu.

3. REDAKAN SAKIT MATA

Apabila mata mula merah, pasti rasa sakit yang memeritkan. Cuba titiskan sedikit rebusan air sirih di dalam mata. Memang sedikit pedih tapi sakit mata anda akan pulih dengan segera.

4. LEGAKAN SAKIT PERUT

Minum air rebusan daun kesum jika anda merasakan perut tidak sedap, menghadapi kembung atau cirit-birit. Daum kesum juga boleh dibuat ulam. Perut anda akan berasa lega dan beransur pulih.

5. PIJAR CILI

Lumurkan jari jemari yang terasa pijar cili dengan garam. Biarkan selama 5 minit sebelum bilas menggunakan air sejuk.

6. TIMUN LEBIH RANGUP

Hiris timun atau kupas kulit timun dan simpan seketika di dalam peti sejuk sebelum dijadikan ulam atau dimakan. Rasalah! Confirm lebih rangup.

7. HILANGKAN BAU PETAI

Sedapnya makan nasi berulamkan petai! Bila makan petai dengan banyak, mulut akan berbau! Usah bimbang, anda hanya perlu makan beberapa potong timun, anda akan rasa bau petai akan hilang.

8. PEDIH ULU HATI

Kesakitan pedih ulu hati amat memeritkan. Anda boleh amalkan memakan satu sudu madu setiap bangun pagi dan sebelum tidur malam. Jika diamalkan selalu, pedih ulu hati anda akan hilang.

9. MENGHILANGKAN BAU MULUT 

Anda hanya perlu menumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkih dan tiga ulas bawang putih. Gosokkan campuran tadi kepada gigi dan kumur hingga bersih. Amalkan tiga hari sekali.

10. MENGHILANGKAN LEBAM MATA 

Lekapkan teh uncang yang telah digunakan pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan tiga kali seminggu sebelum masuk tidur.

11. MENGHAPUSKAN URAT TIMBUL DI KAKI SEMASA HAMIL 

Belah beberapa ulas bawang putih dan tenyeh pada urat yang mula timbul. Urat yang timbul akan hilang jika diamalkan selalu.

12. MEMUTIH DAN MENGILATKAN GIGI

Bakar beberapa helai daun kelapa kering sehingga menjadi abu. Gosokkan pada gigi anda dan ulangkan beberapa kali. Gigi anda akan menjadi putih berkilat!

 

Sumber: sajionline.com.my & Google (gambar)