Anda jenis yang suka makan seorang diri atau berteman? Selalunya kalau situasi begini, terpulang kepada keadaan, ada masanya kita mesti lebih suka bersendirian tanpa ada sebarang gangguan dari sekeliling.

Mesti ada yang akan beranggapan seseorang itu yang makan seorang diri merupakan seorang yang yidak mempunyai kawan dan cepat sahaja melabelkan individu itu sebagai ‘forever alone’ dan pasti kita akan merasa kasihan terhadap orang itu.

Sudah menjadi lumrah di Malaysia ini untuk keluar beramai-ramai bersama teman-teman dan juga makan bersama keluarga untuk menghabiskan masa bersama.

Menurut satu kajian yang dibuat oleh OpenTable, sebuah tempahan restoran atas talian mendakwa bilangan orang yang menempah makan malam untuk seorang sudah meningkat sebanyak 62% sejak dua tahun lalu.

Mereka yang makan seorang diri ini tidak lagi menghiraukan pandangan orang dan lebih selesa begini kerana punyai lebih masa untuk diri sendiri dan bebas membuat pilihan makanan.

Ketua Pegawai Makanan OpenTable, Caroline Potter mendakwa bahawa makan seorang diri ini sudah menjadi sangat popular di kota metropolitan seperti di Dallas, Miami, New York, Las Vegas, Chicago dan Philadelphia.

“Makan secara solo ini adalah seperti membelanjai diri sendiri di setiap suapan yang diambil. Restoran juga selalunya mengalu-alukan kedatangan pelanggan sebegini. Selain itu, mereka yang makan secara solo ini juga punyai peluang untuk datang ke restoran ternama dan ia juga sudah menjadi hobi sesetengah orang.”

Haa anda rasa anda dala golongan yang mana satu? Jenis suka makan seorang diri atau lebih suka berteman? Kalau Abang Brian, Abang Brian lagi suka meluangkan masa untuk diri sendiri tetapi itu bukan bermakna Abang Brian sombong mahupun ‘forever alone’, hehe. 

Sumber : wanista