Bila sebut sahaja pasal penjagaan gigi, mesti ramai yang sudah tahu tentang berus gigi perlu ditukar jika ia sudah kembang atau sudah 3 bulan penggunaannya.

Ada segelintir daripada kita kurang mengambil berat tentang penjagaan berus gigi kan?

Pernah tak anda terfikir bahawa berus gigi yang sudah kembang boleh kembali ke bentuk asal seperti baru beli?

Haa sebenarnya berus gigi yang sudah kembang sememangnya boleh kembali ke bentuk asal dan ia sekali gus dapat menjimatkan wang anda.

Tetapi janganlah sampai setahun anda tak tukar! Pengotor namanya tu! Hehe.

Abang Brian ada kongsikan sedikit info untuk anda tentang bilakah masa yang sesuai untuk menukar berus gigi anda.

  • Apabila bulu berusnya sudah mula kembang.
  • Selepas berlaku jangkitan mulut atau kerongkong seperti batuk.
  • Selepas 3 bulan pengunaannya.

Video dibawah pula adalah cara untuk untuk mengembalikan berus gigi kembang kepada bentuk asal.

HANYA RENDAM DALAM AIR PANAS SAHAJA!