2 Cara Untuk Hilangkan Bau Busuk Pada Peti Sejuk Anda. No 2 Paling Senang!
Peti sejuk sememangnya tempat untuk menyimpan bahan-bahan makanan, tidak kiralah sama ada makanan laut atau pun bukan. Perasan tak apabila anda menyimpan terlalu banyak makanan didalamnya, peti sejuk anda akan mengeluarkan satu bau yang kurang menyenangkan.
Pernah tak anda membersihkan peti sejuk anda sehingga hilang bau? Kalau tak pernah, memang lagi kuatlah bau yang kurang menyenangkan itu.
Okay, kali ini Abang Brian nak kongsikan petua untuk anda hilangkan bau busuk dalam peti sejuk anda itu. Jom kita lihat:
- Keluarkan semua makanan dari peti sejuk
- Basahkan tuala dan bersihkan bahagian dalam peti sejuk tersebut
- Apabila ia sudah kering, sapukan sedikit esen vanilla, ros dan sebagainya pada tuala tadi dan sapu pada keseluruhan dalam peti sejuk anda
- Tutup peti sejuk dan biarkan ia selama 30 minit sebelum anda masukkan kembali makanan ke dalamnya
Haa mudahkan? Bukan itu sahaja, anda juga boleh menggunakan sebungkus serbuk kopi dan simpankannya di dalam peti sejuk anda. Percayalah, peti sejuk anda akan mengeluarkan bau yang sangat wangi dan segar selepas itu.

