6 Jenis Makanan Untuk Bina Otot Tanpa Senaman
Tanpa senaman anda masih boleh untuk maintain jisim otot dimana kuncinya adalah nutrisi yang mencukupi. Untuk pengetahuan anda, 70% daripada keseluruhan fitness kita datang dari pengambilan makanan, manakala bakinya pula adalah senaman.
Jom kita lihat antara makanan yang boleh anda ambil untuk membina dan mengekalkan otot badan anda tanpa senaman.
- Daging, Ayam (Tanpa Kulit)
Daging mengandungi segala apa yang anda perlukan untuk pembinaan/kekalkan jisim otot iaitu protein berkualiti tinggi, zat besi, vitamin B, dan zink. Ayam juga, mengandungi sumber protein yang berkualiti tinggi, serta kekuatan tulang.
- Telur
Ia mengandungi portein berkualiti tinggi, 9 asid amino yang penting sebagai sumber protein segera (dipanggil BCAA) dan secara jujurnya, sumber protein yang paling berbaloi.
- Whey Protein
Whey protein sangat popular dikalangan yang kaki fitness (dan bukan sekadar untuk sado tau) kerana ia menyediakan sumber protein pekat, untuk kesan yang segera, sebagai makanan tambahan kepada sumber protein yang diambil dari makanan.
- Ikan
Mempunyai sumber protein yang tinggi, berkualiti, serta mengandungi asid lemak omega-3 yang berguna untuk meningkatkan keupayaan tubuh untuk metabolisme lemak dengan segera.
Kuncinya di sini adalah lemak yang sihat, dimana ia banyak dalam ikan, sayuran hijau, kekacang (bukan yang bergoreng penuh garam ye) dan minyak seperti zaitun dan avokado.
- Oat Dan Bijiran Penuh
Sumber karbohidrat kompleks yang mudah dan sihat. Mempunyai nilai glisemik yang rendah, malah meningkatkan kadar pembakaran lemak. Selain oat, roti gandum dan nasi perang adalah sumber terbaik.
- Buahan Dan Sayuran
Buah dan sayuran mengandungi spektrum nutrisi yang tinggi kandungan antioksidan, serta sumber fiber unuk anda detoks kotoran dan lemak toksin dengan berkesan.
Kesimpulan
Kalau anda tidak mahu kulit menggelebeh dengan lembik akibat kekurangan otot, amalkan 5 makanan ini untuk maintain kesihatan otot kita. Bukan apa, kalau sumber karbohidrat dari makanan dah habis, tubuh akan gunakan otot kita sendiri sebagai alternatif. Sia-sia sahaja anda workout kan?
Sumber : mommylotte

