Bahayanya Jika Anda Makan Daging Merah Berlebihan. WAJIB BACA!
Menurut sekumpulan penyelidik dari Hospital Massachusetts di Amerika Syarikat, jika anda gemar memakan daging merah dalam kuantiti yang terlalu banyak, anda mempunyai risiko untuk terkena penyakit radang usus.
Apa yang difahamkan, ketua penyelidiknya iaitu Andrew Chan menjelaskan bahawa daging merah seperti daging lembu dan kambing boleh menyebabkan lapisan usus menjadi kurang kebal dalam melawan masalah radang.
“Masalah radang usus kini kerap terjadi dalam kalangan orang muda dan ia cukup membimbangkan. Saya menyarankan agar daging merah diganti dengan daging putih seperti ikan kerana ia lebih baik dan boleh merendahkan risiko radang usus sehingga 20 peratus.”
Menurut beliau lagi, suhu tinggi yang digunakan ketika memasak daging merah juga akan menjadikan daging itu bersifat karsinogenik yang boleh menyebabkan zat-zat didalamnya bertukar menjadi agen yang mampu menyebabkan kanser.
Sumber : Kosmo

