Tidak kira muda atau tua, bila kita dipanggil gemuk, rasa menyirap je kan? Lebih-lebih lagi jika sebelum hamil kurus, tetapi lepas bersalin masih tak dapat berat badan ideal seperti sebelum hamil dulu.

Ohh, macam mana mahu buat? Ada ke petua atasi gemuk selepas bersalin? Jom follow beberapa petua untuk pastikan anda mantain bagai anak dara walaupun setelah beranak 5.

  • Manfaatkan Waktu Pantang Anda

Ketika anda sedang hamil anda perlu tetapkan target berapa jumlah timbangan yang anda ingin kurangkan. Kemudian, anda buatkan satu jadual makan untuk sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam.

Kenalpasti juga makanan-makanan yang boleh membuatkan berat badan anda sukar turun. Sebagai contoh roti putih yang dijadikan sarapan. Adalah lebih baik anda gantikan roti puting dengan roti perang.

Begitu juga dengan nasi yang diambil untuk makan tengahari dan malam. Gantikan nasi putih dengan nasi beras perang.

  • Pemakaian Bengkung Dan Bertungku

Bengkung membantu supaya badan anda kembali firm terutama di bahagia perut. Bertunggu bukan sahaja penting untuk membuang angin yang ada pada badan. Ianya juga sangat bagus sebagai salah satu cara untuk membakar lemak dengan cara alami. 

  • Menyusu Anak Anda

Tahukah anda, setiap kali kita menyusu, setiap kali itulah kalori kita dibakar. Untung sangat jika anda menyusu badan berbanding ibu yang memberikan susu formula kepada anaknya.

Namun, perjalanan penyusuan ini bukanlah semudah ABC seperti yang dibayangkan oleh anda, terutamanya jika ini kali pertama anda menyusu bayi. Akan ada banyak cabaran yang bakal anda lalui. Oleh itu, siapkan dengan ilmu penyusuan sedari anda hamil lagi.

  • Jangan Jadikan Alasan Menyusu Untuk Anda Makan 2 Kali Ganda

Anda perlu faham nasi yang anda makan dua kali ganda bukan penyebab susu anda banyak. Komposisi utama susu badan ialah air dan protein. Jadi lebihkan pengambilan air dan protein berbanding karbohidrat.

Antara makanan yang boleh banyakkan susu ialah sup lobak putih, ikan, ayam, soya dan sayur sawi. Tetapi bukan semua milk booster adalah sama untuk setiap orang. Ada yang serasi dengan lobak putih, tetapi ada juga yang tidak. Oleh itu, anda perlu try and error apakah makanan yang boleh membanyakkan susu badan anda.

  • Rajinkan Bersenam

Lakukan aktiviti yang tidak memerlukan anda keluar jika anda terlalu penat. Untuk masalah perut yang menggelebeh, apa kata anda luangkan untuk seat up sekurang-kurangnya 100kali sehari. Sambil tengok tv atau melayan anak, anda boleh cuba konsisten buat seat up. Di hujung minggu pula, anda boleh ke taman rekreasi sambil menolak anak anda di dalam stroller.

  • Amalkan Minum Air Detox

Air paling famous untuk kuruskan badan ialah air detox. Ianya air campuran pelbagai jenis sayuran. Cara untuk buat air detox ini sangat mudah.

  • Masukkan buah-buahan atau sayuran yang telah dipotong ke dalam jar
  • Masukkan ais dia atas buah-buahan tersebut
  • Masukkan air sehingga memenuhi jar
  • Tutup jar tersebut dan biarkan semalaman dalam peti

Jika anda inginkan perut yang kempis, anda boleh campurkan timun, daun pudina, lemon dan halia. Untuk penyingkiran lemak pula, anda boleh campurkan teh hijau, limau nipis dan daun pudina.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : diarimama