Apabila terdengar sahaja suara tangisan anak di dalam bilik bersalin dan sebaik sahaja disahkan menjadi seorang ayah, pasti akan terbit perasaanseronok, gembira dan teruja. Namun, siapa sangka disebalik kegembiraan ini terbit juga rasa takut serta bimbang akan tanggungjawab yang dipikul. Ini adalah perasaan yang normal bagi setiap mereka yang bakal bergelar ayah. Berikut adalah apa yang berada di dalam fikiran seorang lelaki ketika pertama kali menjadi ayah.

1. Bingung 

Konflik pergolakan emosi akan terjadi pada peringkat awal menjadi ayah. Dimana kadang-kadang perasaan menjadi seorang lelaki sejati, kuat dan bangga kerana memiliki sebuah keluarga baru, kadang-kadang muncul perasaan sedih kerana tiada sesiapa dapat membantu apabila masalah timbul terutamanya berkaitan dengan si kecil tersayang.

2. Perasaan Bercampur 

Ketika memandang bayi yang baru lahir, kadang-kadang si ayah akan merasa bingung kerana gembira dengan kelahiran bayinya. Namun, kadang-kadang ia boleh berubah menjadi ‘sedih’ kerana bimbang tidak bersedia memikul tugas dan tanggungjawab. Perasaan ingin bebas seperti dahulu yang kadang-kadang timbul akan membuatkan ayah dihimpit rasa bersalah. Ini adalah perkara normal dan biasa terjadi kepada sesiapa sahaaja.

3. Tekanan

Bukan wanita sahaja yang mengalami kesedihan dan gejala babyblues, malah lelaki juga sering kali mengalami tekanan perasaan ketika bayi lahir. Kerana perubahan hormon, wanita akan mengalami depresi atau tekanan sedangkan lelaki lebih kepada kenyataan yang terjadi pada mereka. Cuti dan rehat mereka tidak seperti wanita kerana apabila pulang kerja, banyak perkara dan tugas baru menunggu mereka di rumah.

4. Rasa Takut 

Di awal transisi menjadi seorang, lelaki akan dibayangi rasa takut tidak mampu menjadi ayah yang baik, menjaga isteri dan anaknya dari bahaya, tidak dapat mencukupkan keperluan keluarganya, tidak tahu apa yang harus dilakukan dalam menguruskan anaknya dan takut melakukan kesalahan-kesalahan seperti yang dilakukan oleh ayahnya dahulu. Keadaan ini adalah normal dialami oleh ayah baru.

5. Hubungan Dengan Pasangan 

Jika sebelum bergelar ibu dan ayah, mereka akan menghabiskan waktu lebih banyak bersama, saling menjaha dan memerhatikan satu sama lain. Namun ianya berubah apabila si kecil lahir. Semua perkara dilakukan semata-mata untuk keperluan si anak.

6. Interaksi Dengan Si Kecil 

Tugas baru buat seorang ayah adalah menunjukkan kasih sayang dan perhatian kepada si kecil. Interaksi adalah penting dan si kecil akan menunjukkan respons setelah melepasi fasa minggu keenam hingga kelapan pertumbuhannya.

7. Topik Perbualan 

Seorang ayah baru akan suka bercerita mengenai bayi mereka. Antara topik hangat hari-hari adalah cerita-cerita mengenai anak menangis tengah malam, muntah anak, susu ibu dan semua yang berkaitan tentang anak dan isteri.

8. Kewajipan 

Setelah mempunyai bayi, lelaki akan lebih peka dalam memastikan barangan penting dibawa setiap kali keluar rumah. Belum lagi ditambah dengan perkara-perkara yang tidak dapat diduga seperti bayi buang air besar ketika semuanya dah siap, mahu tak mahu terpaksa masuk kembali ke dalam rumah untuk membersihkan bayi.

 

Sumber: majalahpama.my & Google (gambar)