6 Cara Terbaik Untuk Keluarkan Kahak Pada Bayi Anda
Batuk dan selesema adalah dua masalah yang akan berlaku pada setiap bayi tidak kira musim sejuk atau panas malah simptom ini boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi jika tidak dipantau.
Biasanya bayi akan mengalami kesukaran untuk mengeluarkan kahak dan hingus sekali gus ia boleh menjadi punca penyakit seperti ‘bronkitis’ atau ‘brochospasm’.
Ibu bapa mana yang tidak risau bila keadaan ini terjadi kerana bayi masih belum pandai untuk mengeluarkan kahak sendiri. Jom kita lihat antara cara untuk mengeluarkan kahak yang tersekat pada bayi anda
Antara Cara Keluarkan Kahak Bayi:
- Mandikan bayi dengan air suam untuk memberi keselesaan pada bayi anda.
- Keluarkan kahak selepas mandi air suam kerana kahak agak cair pada waktu itu.
- Sedut secara manual iaitu dengan menggunakan mulut.
- Sedut menggunakan tiub penyedut hingus. Boleh di dapati di farmasi.
- Wapkan bayi. Caranya, masukkan air panas yang masih mengeluarkan wap ke dalam bekas yang agak lebar. Titiskan minyak telon ke dalam air panas. Selubungkan kain di atas kepala dan bawa muka bayi dekat dengan wap air. Hasilnya, ia akan memberi kelegaan pada rongga-rongga pernafasan.
- Cuba tepuk bahagian belakang dan hadapan badan bayi dengan tapak tangan. Gerakkan tangan perlahan-perlahan sambil menepuk seluruh kawasan badan bayi anda.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anak anda mengeluarkan kahak. Selamat mencuba!
Sumber : wom

