Kepada yang suka makan ayam, jom cuba resipi AYAM BIJIAN daripada Abang Brian! Yela, tak akan asyik nak makan lauk ayam yang sama sahaja kan? Kadang-kadang nak juga cuba resipi ayam yang lain.

Daripada anda makan diluar, apa kata anda cuba masak di dapur anda sendiri. Lagi puas hati sebab boleh masak dalam kuantiti yang banyak dan lagi jimat!

Jom kita tengok antara bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya. Guarantee anda yang tidak reti masak pun akan pandai! 

Bahan yang diperlukan:

  • 500g ayam
  • 1 inci halia, dihiris nipis
  • 1/2 bawang besar, dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1/2 sudu besar madu
  • Garam dan lada hitam, secukupnya
  • Bijian, disangai

Cara penyediaan:

  1. Tumiskan halia, bawang besar dan bawang putih dalam minyak secukupnya. 
  2. Masukkan sos tiram, kicap manis dan madu.
  3. Masukkan ayam dan salutkan ayam. tutup dan biarkan mereneh sehingga memekat. tambahkan 4 sudu besar air jika terlalu kering. 
  4. Bila ayam dah cukup masak, perasakan dengan garam dan lada hitam secukupnya.
  5. Taburkan dengan bijian dan sedia dihidangkan