Disebabkan harga minyak semakin mahal sekarang ini, apa kata kita kurangkan penggunaan minyak dan mencari alternatif masakan lain yang lebih murah dan sihat.

Jom cuba beberapa cara memasak lain yang lebih sihat dan mampu mengekalkan nutrien yang terkandung dalam makanan yang anda masak.

1. Mengukus 

Mengukus merupakan antara cara penyediaan makanan yang terbaik bagi memastikan makanan itu lebih sihat dan berkhasiat. Zat makanan boleh dikekalkan ketika memasak kerana cara memasak ini tidak menggunakan kepanasan secara terus.

Anda boleh memudahkan cara mengukus ini dengan penggunaan mesin mengukus khas atau periuk kukusan. Malah anda guna boleh gunakan sahaja kuali atau periuk yang diletakkan jaring besi bagi meletakkan makanan anda. Ikan dan sayuran adalah amat sesuai untuk cara memasak ini dan ia sekaligus dapat mengekalkan kesemua nutrisi penting di dalamnya.

2. Memanggang 

Memanggang yang memerlukan sedikit minyak ataupun tiada minyak langsung adalah pilihan yang baik untuk alternatif memasak yang lain. Makanan yang dipanggang adalah lebih sihat kerana lemak yang terdapat di dalam makanan akan keluar secara naturalnya apabila dipanggang.

Apa yang membuatkan makanan anda lebih sedap dan sihat adalah proses pemanggangan yang akan menggaringkan bahagian luar makanan tersebut dan memastikan flavour dan nutriennya kekal di bahagian dalam.

3. Merebus 

Merebus merupakan satu metod masakan dalam cecair atau air di bawah tahap reneh (bukan air yang menggelegak tau!) sehingga ia masak dan cecair ini sama ada dibuang atau digunakan sebagai sup.

Cecair rebusan yang antaranya terdiri daripada air, stok sayur, air kelapa, air herba dan rempah, jus tomato dan lain-lain bukan sahaja boleh menaikkan flavour masakan anda malah ia juga turut menambah kandungan nutrien makanan.

4. Mircowaving 

Cara memasak menggunakan Mircrowave adalah untuk memasak makanan dengan pantas tanpa menghilangkan nutrien penting makanan anda. Jangan lupa untuk membaca manual dan pastikan microwave anda sesuai digunakan dalam masak memasak ini untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

5. Stir-frying 

Walaupun teknik ini merupakan teknik popular masakan Cina, tidak salah untuk kita mengambilnya sebagai salah satu metod masakan di rumah. Penggunaan minyak yang minimal dan minyak yang sihat seperti minyak zaitun, kacang atau saffflower akan membantu dalam mengekalkan nutrien dalam makanan anda.

6. Separa masak atau mentah 

Sayuran dan buahan seperti timun, tomato, bawang, bijian dan banyak lagi lebih baik jika di makan mentah memandangkan dengan cara sebegitu akan memberikan anda nutrien makanan sepenuhnya. Namun, tidak salah jikalau anda celurkan sesetengah sayuran atau ulam-ulaman untuk sesetengah resepi. Tapi jangan celurkannya terlalu lama tau!

 

 

Sumber: Majalah Rapi (rapi.karangkraf.com)