Cemburu dengan mereka yang berkulit ‘flawless’? Ikuti tabiat mereka ini
Wanita mana yang tidak cemburu melihat wanita lain mempunyai wajah yang cantik. Semua wanita di dunia pastinya ingin memiliki kulit yang bebas cela atau flawless. Apa perlu dilakukan untuk mendapatkan wajah yang flawless?
Berikut adalah lima tabiat yang diamalkan mereka yang berkulit licin, lembut dan gebu ini.
1. Tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari
Tidur yang tidak cukup akan mengakibatkan wajah anda ‘dihiasi’ dengan lingkaran hitam di bahagian bawah mata dan sekaligus akan mencacatkan penampilan anda. Jadi, pastikan anda tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari.
2. Kurangkan pengambilan gula berlebihan
Pengambilan gula yang berlebihan bukan sahaja menambahkan berat badan, malah ia juga mempercepatkan proses penuaan wajah. Mulakan mengawal pengambilan gula anda ya!
3. Ambil masa untuk relaks
Stress atau tekanan boleh memberikan lebih banyak keburukan kepada fizikal dan mental anda. Selain itu, tekanan juga membuka ruang kepada penumbuhan jerawat dan jeragat. Oleh itu, untuk mengembalikan seri wajah anda, ambil masa untuk berehat dan relaks dari segala tekanan.
4. Lindungi kulit dari cahaya matahari
Pancaran matahari sememangnya kaya dengan Vitamin D. Namun jika anda terdedah secara eksesif, ianya hanya akan membawa lebih padah kepada kulit anda. Jadi, pastikan anda menggunakan krim pelindung matahari sebelum keluar melakukan aktiviti harian.
5. Gunakan pelembap setiap hari
Untuk mengelakkan kulit wajah anda menjadi kusam, gunakan pelembap setiap hari untuk mengekalkan kelembapan wajah anda.
Sumber: Majalah Jelita (jelita.com.my)

