Anggota badan yang lain dijaga rapi. Bermacam-macam jenis produk digunakan. Tapi sayang, penjagaan kaki langsung tidak diambil berat. Sebenarnya, penjagaan kaki sangat mudah dan tidak memerlukan apa-apa jenis produk pun. Untuk memastikan anda mempunyai kaki yang sihat dan cantik, ikuti langkah-langkah atau amalan penjagaan kaki ini.

  • Kaki perlu sentiasa dibasuh menggunakan sabun terutamanya di celah-celah jari.
  • Selepas dibasuh, kaki perlulah dikeringkan menggunakan tuala bersih termasuk di celah-celah jari.
  • Sapu losen untuk mengelakkan kulit kering.
  • Mengurut kaki perlahan.
  • Pastikan jenis stokin yang dipakai adalah kapas yang menyerap peluh.
  • Pastikan stokin ditukar setiap hari dan saiznya tidak terlalu ketat.
  • Apabila keluar dari rumah, jangan sesekali keluar dengan tidak memakai kasut atau selipar. Keadaan ini dibimbangi akan membuatkan kaki mudah terpijak benda-benda tajam atau panas.
  • Pilih dan guna kasut yang bersesuaian.
  • Untuk mengelakkan luka, pilih kasut yang lembut buatannya.
  • Sentiasa memeriksa kasut yang digunakan agar tiada benda yang boleh mencederakan.
  • Kuku kaki perlu sentiasa dipotong namun tidak terlalu pendek.
  • Rendaman kaki di dalam air panas perlu kurang dari lima minit.
  • Elakkan daripada duduk dengan keadaan kaki bersilang dalam tempoh yang lama.
  • Periksa kaki dan kenal pasti rekahan kulit, kudis, bisul, perubahan warna kulit dan sebagainya.
  • Meletakkan kaki sedikit lebih tinggi daripada posisi berbaring.

 

Sumber: Mingguan Wanita & Google (gambar)