5 Tip Berbuka Untuk Kurus Ketika Ramadan
Pastinya keinginan makan membuak-buak sementara menanti waktu berbuka. Seharian berpuasa, waktu berbuka lah waktu nak balas dendam dengan makan sepuas-puasnya. Bukan tak boleh makan, tetapi janganlah menikmati jamuan sehingga lupa dunia. Pengawalan makanan ketika berbuka adalah penting bagi mengawal kenaikan berat badan. Bulan Ramadan kan bulan yang elok untuk menurunkan berat badan.
Ini kami kongsikan tip berbuka untuk anda semua.
1. Bermula dengan kurma tapi …
Kurma merupakan gabungan gula ringkas (tenaga cepat) dan serat (tenaga lebih lama) yang membolehkan anda solat Maghrib terlebih dahulu sebelum makan betul-betul. Kurma juga kaya dengan potassium yang membantu menstabilkan bendalir badan setelah seharian berpuasa.
2. The 20 minit rule
Bermula suapan kurma semasa berbuka sehingga berasa kenyang mengambil masa 20 minit. Jika anda makan berterusan sepanjang 20 miniy, barangkali anda akan makan berlebihan. Jadi makan dulu dan faham bahawa kenyang akan datang kemudian (selepas lebih kurang 20 minit).
3. Target kalori dalam 700kcal
Tetapkan target pengambilan kalori untuk berbuka anda dalam lingkungan 700kcal. Tidak kiralah betapa sedap kuih-muih dan manisan yang disediakan, pastikan anda mulakan dengan hidangan yang seimbang untuk mengawal nafsu makan dan mengelakkan makanan berlebihan.
- Pilih segenggam sumber karbohidrat: nasi, bihun, kentang, mee, roti dan lain-lain.
- Pilih sumber protein: ayam, ikan, tofu, daging dan lain-lain.
- Pilih sumber serat: sayur, kekacang, buah-buahan dan lain-lain.
- Sedikit kuih & manis-manisan.
4. Tiga jenis air
Semasa berbuka, ada tiga jenis air.
- Air panas: Diambil ketika berbuka. Ia membantu ‘memanaskan’ sistem penghadaman yang telah berehat lebih kurang 12 jam. Jangan panas mendidih ya!
- Air kosong: Walaupun ia tidak berkalori, jangan ambil 304 gelas secara berterusan. Risau perut buncit dan tidak selesa nanti. Take it slow and easy.
- Air manis: Minum di akhir waktu berbuka. Jangan ikutkan nafsu. Nafsu berlebihan, kalori pun berlebihan.
5. Senaman selepas berbuka
Sentiasa ambil makanan dan minuman yang mudah hadam (elakkan solid foods). Jangan makan banyak sangat dan tunggulah dalam 10 hingga 20 minit sebelum memulakan senaman.
Sumber: kevinzahri.com & Google (gambar)

