Rutin dan tabiat kecantikan seseorang dipengaruhi oleh zodiak. Tak percaya? Jom baca ini!

Capricorn 

Warga Capricorn tidak kisah untuk berbelanja lebih untuk produk berjenama mahal kerana mereka amat mementingkan jenama sesuatu produk itu. Tambahan pula, mereka memiliki kulit sensitif. Oleh itu, rutin kcantikan mereka adalah sangat praktikal dan tersusun.

Aries 

Mereka yang berzodiak Aries bijak menyolekkan bahagian wajah mereka yang menonjol. Mereka mengutamakan kesempurnaan kening dan akan menghabiskan masa di hadapan cermin bagi memastikan penampilan mereka menarik sebelum keluar melangkah dengan penuh yakin.

Aquarius

Aquarius suka dilihat sebagai ‘trend setter‘ kerana keberanian mereka untuk bereksperimen dengan perkara baru. Warga Aquarius suka memilih rona-rona unik dan solekan mereka masih kekal rasional walaupun solekan tersebut mempunyai warna.

Taurus 

Wanita Taurus sinonim dengan mengaplikasikan rona warm earthy untuk membangkitkan gaya sensual mereka. Rona tersebut menyuntik elemen semula jadi dan keaslian wajah mereka. Sifatnya yang setia menjadikan mereka selalunya kekal lama pada satu-satu jenama.

Pieces 

Warga Pieces memiliki gaya kecantikan Old Hollywood yang klasik. Mereka gemarkan solekan bibir mungil dengan olesan warna terang. Untuk penjagaan kulit pula, mereka amat mementingkan pelembap untuk kelembutan kulit.

Gemini

Mereka yang berada dalam kelompok zodiak ini sentiasa inginkan kebebasan untuk tampil menawan. Mereka tidak sukakan sesuatu yang statik atau tampil sama sepanjang masa. Mereka juga tidak akan kekal lama pada satu-satu jenama dan sukakan classy dan keanggunan.

Cancer 

Warga Cancer sukakan solekan yang bermain dengan light dan shine. Jadi, alat solek yang selalu menjadi pilihan adalah yang bertekstur shimmer. Mereka juga lebih sukakan solekan asas dewy fresh yang natural bukannya solekan yang terlalu garang.

Leo 

Aset utama bagi wanita Leo adalah rambut! Mereka akan meletak penjagaan dan penggayaan rambut pada tangga teratas dalam rutin kecantikan mereka sehinggakan mereka sanggup berhabis untuk membeli produk penjagaan rambut yang berkesan.

Virgo

Virgo amat cerewet mengenai bahan kandungan yang terdapat dalam sesuatu produk kecantikan itu. Mereka sentiasa mahukan yang terbaik dalam urusan kecantikan mereka. Oleh itu, mereka gemarkan produk yang dibuat daripada bahan semula jadi dan organik. Malah, mereka sanggup membuat produk kecantikan sendiri dengan hanya menggunakan bahan yang ada di dapur.

Libra 

Gadis Libra amat sukakan apa sahaja yang terlihat cantik dan mementingkan keseimbangan penampilan. Pada mereka, solekan wajah juga perlu ada keharmonian dan seimbang agar tidak kelihatan canggung.

Scorpio 

Zodiak Scorpio ini melambangkan waniat itu sebagai seorang yang misteri dan menggoda; rasional lagi kreatif. Sebab itu wanita berzodiak ini sukakan warna-warna gelap terutamanya pada rona gincu mereka. Pilihan produk mereka untuk sesuatu hari itu bergantung kepada siapa yang mereka ingin temui.

Sagittarius 

Sagittarius bukanlah orang yang leceh. Pada mereka segalanya harus pantas dan dalam keadaan sedia. Memandai jika hanya secalit lip balm dan sapuan pelembap sebelum keluar meninggalkan rumah. Mereka jarang bersolek dan apabila dengan hanya sedikit calitan solekan sudah mampu mengubah mereka untuk kelihatan wow!

 

Sumber: intrend.com.my