Tip Kekalkan Kesegaran Sayur-Sayuran
Sayur-sayuran amat penting dalam membantu melengkapkan diet seharian dan memberikan sumber fiber yang diperlukan dalam tubuh. Tetapi, susah nak cari bekalan sayur-sayuran yang segar setiap hari. Anda tidak perlu risau lagi kerana ada cara bagaimana nak pastikan sayur-sayuran kekal segar untuk dinikmati.
- Pastikan sayur-sayuran berada di dalam keadaan kering sebelum menyimpannya di dalam peti sejuk. Air yang berlebihan akan menyebabkan sayur-sayuran cepat lebam dan busuk.
- Untuk memastikan sayur-sayuran tahan lebih lama, simpankannya menggunakan plastik. Plastik yang boleh digunakan ialah plastik pembungkus sandwic atau plastik kuih-muih.
- Eloklah menghiris sayur-sayuran tersebut sebelum menyimpanyya. Kemudian, masukkan sayur-sayuran itu ke dalam bekas kedap udara. Selepas itu, barulah anda boleh menyimpan di dalam peti sejuk. Pasti sayur-sayuran anda kekal segar selama seminggu.
- Anda boleh cuba merendam dua helai kertas kosong berwarna putih di dalam air selama dua tau tiga minit. Kemudian, bungkus sayur-sayuran dengan kertas tersebut sehingga tidak nampak daunnya. Balutkan dengan plastik yang lembap supaya kesegarannya mampu bertahan lebih lama.
- Potong bahagian atas sayur-sayuran seperti timun, lobak merah dan kubis terlebih dahulu sebelum menyimpannya. Kemudian, sapukan sedikit garam dan minyak kelapa pada bahagian tersebut. Balut dengan plastik pembalut sayur-sayuran dan simpan dalam peti sejuk.
Sumber: Sinar Harian (19 Mac) & Google (gambar)

