Makanan Terbaik Melawan Sakit Jantung, Strok, Tekanan Darah Tinggi & Kolestrol
Kurma merupakan makanan sunnah yang dinyatakan kehadirannya di dalam Al-Quran. Makanan ini bukan hanya dimakan ketika bulan Ramadan sahaja tetapi kebaikannya sangat banyak dan ia sesuai dimakan tidak kira waktu dan hari.
Makanan ini adalah makanan perfect kepada mereka yang sedang mencari alternatif mengawal tekanan darah, kolestrol serta mahu mengelakkan serangan jantung dan strok. Malah, kerana kandungan nutrien makanan ini yang sangat tinggi menjadikannya makanan wajib anda makan untuk kesihatan.
Berikut adalah kesan baik kurma kepada kesihatan.
KURMA KAYA DENGAN ZAT BESI
Buat mereka yang menghidapi anemia, untuk kanak-kanak serta wanita mengandung, makanan ini sangat berguna kerana kurma kaya dengan zat besi. Cukup sekadar memakan 100g kurma sehari (kira-kira 0.9mg zat besi), anda telah mengambil 11% pengambilan zat besi yang diperlukan badan. Zat besi juga sangat bermanfaat kepada sel darah merah dan hemoglobin yang mana ia penting dalam penyebaran oksigen dalam darah.
KURMA MENGELAK CIRIT BIRIT (DIARRHEA)
Kandungan kurma yang kaya dengan potasium penting untuk menghalang cirit-birit dengan melegakan dinding perut dan usus serta merangsang bakteri dalam perut secara lebih efektif.
KURMA LEGAKAN SEMBELIT
Kurma mampu melegakan sembelit. Anda disarankan untuk merendam beberaoa biji kurma dalam air semalaman dan minum air tersebut pada waktu pagi untuk meningkatkan sistem pencernaan yang baik.
KURMA MENGAWAL BERAT BADAN
Memakan kurma dengan perut kosong dapat mengelakkan lemak berlebihan. Kurma tidak mempunyai kolestrol, jadi ia akan mengawal berat badan anda. Tetapi! Hati-hati dalam memakannya kerana ia juga mempunyai kandungan gula yang tinggi.
KURMA MENGIMBANGKAN KOLESTROL
Kurma mampu membersihkan saluran darah dan menghalang pembentukan darah beku. Dan ia berguna untuk mengimbang dan mengawal kolestrol yang tidak sihat.
KURMA MENGUATKAN JANTUNG
Makan begitu sahaja atau blender (untuk dimakan) biji kurma yang anda rendam semalaman untuk minum airnya itu.
KURMA MENGAWAL SELIA TEKANAN DARAH
Mereka yang menderita hypertension (tekanan darah tinggi) perlu memakan banyak kurma kerana ia kaya dengan potasium dan tiada langsung sodium. Ambil hanya 506 biji setiap hari dan anda akan mendapat 80mg magnesium iaitu mineral yang penting untuk peredaran darah. Kira-kira 370mg magnesium diperlukan untuk menurunkan tekanan darah.
KURMA MENGHALANG STROK
Potasium merupakan mineral penting dalam kurma yang membantu membaik pulih sistem saraf dan boleh menghalang serangan strok.
Sumber: rapi.karangkraf.my & Google (gambar)


