Wanita memang idamkan tubuh yang langsing dengan kulit yang cerah dan sentiasa sihat. Macam mana ingin miliki kesemua ini? Cubalah pelan diet untuk seminggu ini tanpa perlu bersusah payah untuk bersenam.

HARI 1 – Anda disarankan memakan tembikai atau anggur dan elakkan pisang. Juga, minum air masak sebanyak lapan hingga 12 gelas sehari.

HARI 2 – Hanya boleh makan sayur-sayuran sahaja tetapi tidak sayuran yang mentah, rebus atau kukus. Selain daripada memilih sayuran hijau seperti salad, kobis, brokoli dan timun, minum banyak air.

HARI 3 – Sayur-sayuran dan buah-buahan dibenarkan makan tetapi tidak kentang dan pisang. Minum lapan gelas air putih sehari.

HARI 4 – Diharuskan makan pisang dan susu. Capai berat badan ideal anda tanpa perlu bersenam dengan lapan biji pisang dan tiga gelas susu.

HARI 5 – Makan semangkuk nasi putih dan enam biji tomato. Banyakkan minum air putih.

HARI 6 – Boleh makan semangkuk nasi tetapi hanya pada waktu pagi. Selepas itu, makan sayur sahaja sepanjang hari. Minum air putih 12 gelas sehari.

HARI 7 – Hari terakhir dibolehkan makan semangkuk nasi, sayur dan buah. Minum 10 gelas atau lebih air putih sehari.

Selepas seminggu, anda akan dapat merasakan penurunan berat badan anda, sistem pencernaan lebih lancar serta kulit dan rambut lebih sihat dan segar.

 

Sumber: Utusan Malaysia (31 Mac) & Google (gambar)