Kenapa Berat Badan Tak Mahu Turun?
Apa punca berat badan ‘tak mahu’ turun? Masalah tidak mampu mengawal ‘lapar mata’ adalah masalah yang sering timbul ketika melakukan program diet. Sebab inilah berat badan anda statik pada jarum penimbang. Tapi bukan ‘lapar mata’ sahaja yang menjadi punca berat badan tidak turun. Ini antara punca lain yang menyebabkan berat badan anda tidak mahu turun.
DIET DENGAN JENIS DARAH
Pernah dengar diet mengikut jenis darah? Diet jenis ini belum diuji secara klinikal kerana tidak semua yang mengamalkannya berjaya menurunkan berat badan. Tidak semua diet sesuai untuk semua orang. Apa yang penting adalah dapatkan diet yang seimbang dan ambillah zat gizi yang diperlukan oleh badan.
BERAT BADAN TURUN DENGAN DIET BUAH
Sebenarnya lebih baik anda mengambil potongan buah berbanding jus buah yang tidak elok untuk jangka masa panjang. Buah hanya mengandungi karbohidrat, beberapa vitamin dan mineral. Sedangkan badan anda memerlukan zat gizi yang lain. Kekurangan satu zat gizi dalam jangka masa panjang boleh memberikan kesan negatif pada kesihatan. Diet jus buah boleh lah dibuat hanya selama 1-2 hari sahaja.
INGIN BERAT BADAN STABIL
Jika inginkan berat badan kekal stabil, anda perlu berteraskan kepada diet dan senaman. Dengan cara singkat seperti menyedut lemak (tidak melakukan diet dan senaman) akan menyebabkan berat badan mudah bertambah di kemudian hari. Jangan terlalu mengharap anda akan kekal langsing dengan diet segera.
TIDAK PERNAH KENYANG
Cubalah minum 1-2 gelas air putih sebelum makan. Makanan yang mengandungi serat yang banyak seperti buah dan sayur amat digalakkan untuk mengambilnya, Pengambilan protein dan lemak yang cukup akan membuatkan anda akan merasa kenyang semasa makan.
BADAN TERASA BERAT
Ambil tahu akan berat badan ideal yang sama dengan ketinggian anda. Jika berat badan anda adalah ideal tetapi badan terasa ‘berat’, lakukan senaman dan aktiviti fizikal. Rengangan otot atau senaman ringan yang dilakukan secara teratur akan membuatkan badan anda merasa lebih ringan dan segar sepanjang hari. Jika berat badan anda tidak ideal, lakukan sesuatu!
KAWAL ‘LAPAR MATA’
‘Lapar mata’ adalah mereka yang suka mencari snek yang tinggi kalori dan berlemak. Jadi, pilihlah snek yang sihat seperti buah, yogurt rendah lemak, salad dan sebagainya.
SUKA MENGUNYAH TETAPI TAKUT GEMUK
Tidak ada salahnya mengunyah tetapi pilihlah snek yang sihat. Gantikan kacang goreng dengan kacang rebus atau pilih air putih daripada minuman berkalori. Anda harus memastikan yang anda hanya mengambil hidangan snek sebanyak 10% dari jumlah kalori dalam sehari.
TIADA MASA UNTUK BERSENAM
Jika tidak mempunyai masa untuk bersenam, banyakkan aktiviti fizikal dalam sehari-hari. Contohnya, ambil tangga daripada menggunakan lif di pejabat atau cuba berdiri, berjalan dan menekan butang televisyen untuk menukar rancangan lain daripada menggunakan alat kawalan jauh.
SASARAN YANG TIDAK LOGIK
Sentiasa letakkan sasaran anda logik dan realistik. Adalah mustahil untuk menurunkan 10 kilogram berat dalam masa satu bulan. Jika anda berjaya lakukannya pun, anda pasti telah mengabaikan keperluan nutrisi pada tubuh anda. Adalah penting untuk kita kurus secara sihat dan selamat.
Sumber: rapi.karangkraf.com & Google (gambar)

